Selasa, 22 Disember 2009

Kata Hikmah 78

“Seorang mukmin yang bergaul dengan orang ramai serta bersabar dengan kesakitan akibat pergaulan dengan mereka itu, adalah lebih baik dari seorang mukmin yang tidak bergaul dengan orang ramai serta tidak bersabar atas kesakitan akibat pergaulan itu”

Kebajikan itu adalah tenteram jiwa dan tenang hati kepadanya, dan dosa adalah yang tidak tenteram jiwa dan tidak tenang hati kepadanya, sekalipun orang-orang yang pemberi fatwa memberimu fatwa (1681) (HASAN – R. Ahmad dari Abu Tsalabah) 1681 – ertinya walaupun orang-orang mengatakan buruk itu baik Hadis ini menurut MNA adalah SAHIH (SJS III h. 25-26)

Isnin, 21 Disember 2009

Kata Hikmah 77

Hadith : Daripada Salmat bin al-Akwaa’ r.a, bahawasanya seorang lelaki makan di sisi Rasulullah s.a.w dengan tangan kirinya lalu baginda menegurnya dengan bersabda:” Makanlah dengan menggunakan tangan kananmu.” Lelaki itu menjawab, :“Aku tidak berupaya berbuat demikian.” Baginda bersabda lagi: ”Kamu tidak berupaya? Sebenarnya tidak ada sesuatu yang menghalang kamu daripada berbuat demikian melainkan kerana didorong oleh perasaan sombong.” Salmat berkata:”Orang itu akhirnya tidak dapat mengangkat tangan kanan ke mulutnya (cacat selamanya).” Riwayat Muslim

Hadith : Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:”Sebaik-baik rumah kaum muslimin ialah rumah yang ada anak yatim yang diasuh dengan baik dan sejahat-jahat rumah kaum muslimin adalah rumah yang ada anak yatim yang selalu diganggu dan disakiti hatinya.” Riwayat Ibnu Majah

Khamis, 17 Disember 2009

Kata Hikmah 76

Hadith : Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: ”Sesiapa yang memberi tangguh kepada orang yang tidak mampu membayar hutangnya atau mengurangkan bayaran jumlah hutangnya, nescaya Allah menaunginya di bawah naungan-Nya pada hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah.” Riwayat Muslim dan Imam Ahmad

Selasa, 15 Disember 2009

Kata Hikmah 75

Hadith : Nabi s.a.w bersabda: " Fikirkanlah mengenai segala makhluk Allah dan janganlah kamu memikirkan tentang zat Allah kerana yang demikian menyebabkan kamu binasa (dalam kesesatan)." Abu Zar r.a

Hadith : Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:” Tidak ada seorang pun yang mempunyai emas dan perak yang tidak menunaikan zakatnya, melainkan pada hari kiamat dijadikan hartanya itu beberapa keping api neraka. Setelah dipanaskan, digosokkan lambung, dahi dan belakangnya. Setiap kali ia sejuk, dipanaskan semula pada satu hari yang lamanya 50 ribu tahun sehingga Allah menyelesaikan segala perkara yang berkaitan dengan hamba-Nya.” Riwayat Muslim

Sungguh ajaib dalam urusan orang mukmin! Sesungguhnya setiap urusannya baginya ada kebaikan dan perkara ini tidak berlaku melainkan kepada orang mukmin. Sekiranya dia diberi dengan sesuatu yang menggembirakan lalu dia bersyukur maka kebaikan baginya ,dan sekiranya apabila dia ditimpa kesusahan lalu dia bersabar maka kebaikan baginya” Riwayat Muslim.

Hadith : Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya Tuhan Yang Maha Suci dan Maha Tinggi berfirman: "Demi kemuliaan dan kebesaranKu! Aku tidak akan mengeluarkan dari dunia (mematikan) seseorang - yang Aku hendak mengampunkan dosanya sehingga Aku sempurnakan balasan tiap-tiap kesalahan yang ditanggungnya, dengan ditimpakan penyakit pada badannya, dan kepicikan pada rezekinya." Anas r.a

Khamis, 10 Disember 2009

Kata Hikmah 74

Hadith : Rasulullah s.a.w bersabda: "Didekatkan matahari pada hari kiamat kepada makhluk-makhluk sehingga matahari itu menjadi dekat kepada mereka sejarak satu mil; maka pada saat itu manusia berada dalam peluh masing-masing mengikut kadar amal jahatnya; ada di antara mereka yang peluhnya sampai ke mata kakinya, ada yang sampai ke lututnya, ada yang sampai ke pinggangnya, dan ada yang sampai peluhnya masuk ke mulutnya". Miqdad bin al-Aswad r.a

Rabu, 9 Disember 2009

Kata Hikmah 73

Hadith : Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang sentiasa beristighfar maka Allah akan menjadikan baginya setiap kesusahan itu ada jalan keluar dan pada setiap kesempitan ada cara mengatasinya serta memberikan rezeki kepadanya daripada sumber yang tidak disangka-sangka.” Riwayat Abu Daud

Selasa, 8 Disember 2009

Kata Hikmah 72

Hadith : Abu Ayyub r.a meriwayatkan katanya: “Adalah Rasulullah SAW apabila baginda didatangkan makanan maka baginda memakan sebahagiannya dan yang lebihnya dikirim kepada ku. Pada suatu hari baginda mengirimkan kepada ku makanan yang lebih yang tidak pun dimakan sebahagiannya kerana padanya ada bawang putih. Saya bertanya kepada beliau: “Apakah ia haram? Baginda bersabda: “Tidak. Tetapi aku tidak menyukainya kerana baunya. Abu Ayyub berkata: “Sesungguhnya saya tidak menyukai apa yang anda tidak menyukainya.” (HR Muslim)

Isnin, 7 Disember 2009

Kata Hikmah 71

Hadith : Ibnu Mas’ud meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Apabila seseorang kamu dijemput kepada jamuan makan hendaklah ia menghadirinya. Jika ia tidak berpuasa hendaklah ia makan dan jika ia berpuasa hendaklah ia berdoa untuk keberkatan yang menjemput.” (at-Thabrani)

Jumaat, 4 Disember 2009

Kata Hikmah 70

Hadith : Ibnu Umar r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Dihalalkan untuk kamu dua bangkai dan dua darah; Dua bangkai itu ialah ikan dan belalang dan dua darah itu ialah hati dan limpa.” (HR Ibnu Majah, Ahmad)

Rabu, 2 Disember 2009

Kata Hikmah 69

Hadith : Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:” Sesiapa yang hendak melakukan sesuatu urusan umat Islam hendaklah bermesyuarat nescaya Allah memberikan taufiq bagi memperelokkan urusan mereka.” Riwayat at-Tabrani

Selasa, 1 Disember 2009

Kata Hikmah 68

Hadith : Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Ahli syurga itu ada tiga golongan iaitu orang yang memerintah yang bersifat adil dan dikurniakan taufiq, orang yang berperasaan kasih sayang serta berhati lembut kepada setiap kaum karabat dan sesama Islam, orang yang tidak suka meminta-minta dan berusaha mengelak daripada meminta-minta sedangkan ia mempunyai keluarga yang ramai”. Riwayat Muslim

Allah SWT berfirman yang bermaksud : "Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan solat serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kemungkaran. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan." (Surah Al-Hajj : Ayat 41)

Isnin, 30 November 2009

Kata Hikmah 67

Hadith : Daripada Abdullah bin Umar r.a., katanya : Biasanya aku menulis segala yang aku dengar dari Nabi S.A.W. dengan tujuan hendak menghafaznya, lalu dilarang oleh orang-orang Quraisy serta berkata : "Patutkah engkau menulis segala yang engkau dengar, sedang Rasulullah S.A.W. seorang manusia yang bercakap dalam masa marah dan dalam masa suka?"…Setelah itu aku pun berhenti dari menulis, kemudian aku menyebutkan hal itu kepada Rasulullah s.a.w., lalu baginda menunjuk kepada mulutnya dengan jarinya sambil bersabda : "Tulislah, kerana demi Tuhan yang diriku di dalam kekuasaan-Nya, tidak keluar dari mulutku ini melainkan yang benar." (Abu Daud)

Hadith : Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “ Sesungguhnya Allah meredhakan tiga perkara bagi kamu dan Ia membenci tiga perkara bagi kamu. Ia redha supaya kamu mengabdikan diri kepada-Nya dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu dan supaya kamu semua berpegang teguh dengan tali (agama) Allah dan janganlah kamu berpecah belah. Dan Ia membenci bagi kamu berkata begini begitu, banyak bertanya dan mensia-siakan harta.” (Muslim)

Hadith : Dari Abu Qatadah bin Rabi’ r.a beliau menceritakan bahawa pada suatu ketika, satu jenazah berlalu di hadapan Nabi SAW, lalu baginda bersabda:”Senang dan menyenangkan” Para sahabat bertanya:” Apa maksud ucapan tuan itu Ya Rasulullah?” Jawab nabi SAW:”Apabila seorang mukmin meninggal dunia, maka dia telah senang (istirehat) dari kesusahan dunia. Dan apabila seorang jahat yang meninggal, maka dia menyenangkan (mengistirehatkan) seluruh hamba Allah, seluruh negeri, pohon-pohon dan binatang daripada kejahatannya.” (al-Bukhari)

Rasulullah SAW bersabda : "Demi Tuhan yang jiwaku berada dalam tanganNya, hendaklah kamu menyuruh kepada yang makruf dan mencegah yang mungkar, atau nanti Allah akan menghantar azabnya ke atas kamu, kemudian kamu berdoa kepadaNya dan Dia tidak memperkenankan lagi doa kamu." (Riwayat al-Tirmizi, dinilai sahih oleh al-Albani)

Khamis, 26 November 2009

Kata Hikmah 66

Hadith : Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. telah ditanya, “Amalan manakah yang lebih utama ? Baginda menjawab: “Beriman kepada Allah dan juga kepada Rasulnya”. Kemudian baginda ditanya lagi, “Selepas itu apa lagi ? Baginda berkata, “Berjihad di jalan yang diredhai Allah”. Kemudian apa lagi ? Baginda menjawab, “Mengerjakan ibadat haji yang diterima oleh Allah (haji mabrur). (al-Bukhari dan Muslim)

Rabu, 25 November 2009

Kata Hikmah 65

Hadith : Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:” Aku diperintahkan dengan menyembelih korban itu dan ia adalah sunat ke atas kamu” Riwayat at- Tirmidzi

Hadith : Dari Nubaisyah al-Hudzali r.a katanya:”Rasulullah s.a.w bersabda:”Hari-hari Tasyrik (11,12 dan 13 Zulhijjah) adalah hari-hari makan minum.” (Muslim)

Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya. Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya. Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya. Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.

Hadith : Daripada Abu Hurairah r.a. lagi bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, “Mengerjakan umrah ke satu umrah yang lain menjadi penutup dosa yang dilakukan di antara kedua umrah itu. Manakala haji yang mabrur pula akan dibalas dengan syurga kepada orang yang mengerjakannya”. (al-Bukhari dan Muslim)

Khamis, 19 November 2009

Kata Hikmah 64

Hadith : Dari Ismail bin Abi Khalid dia bertanya kepada Abdullah bin Aufa seorang sahabat rasulullah s.a.w, katanya:”Adakah nabi s.a.w masuk ke Baitullah ketika umrah?” Jawab Abdullah:”Tidak!” (Muslim)

Orang yang suka berkata jujur mendapat 3 hal, kepercayaan, cinta dan rasa hormat ( Saidina Ali Bin Abi Thalib )

Ya Allah, Engkau adalah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang berhak disembah kecuali Engkau, Engkaulah yang menciptakanku. Aku adalah hamba MU, Aku akan setia pada perjanjianku dengan MU semampuku. Aku berlindung kepada MU dari kejahatan yang kuperbuat. Aku mengakui nimat MU kepadaku dan aku mengakui dosaku, oleh itu kerana itu, ampunilah aku. Sesungguhnya tiada yang mengampuni dosa kecuali Engkau.

Rabu, 18 November 2009

Kata Hikmah 63

Hadith : Dari jabir r.a, dia menceritakan dalam hadithnya bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:”Aku menyembelih korban di sini, dan Mina seluruhnya adalah tempat menyembelih. Kerana itu sembelihlah korbanmu di tempat kenderaanmu berhenti. Dan wukuf di ‘Arafah, maka ‘Arafah seluruhnya adalah tempat wukuf. Dan aku wukuf pula di Muzdalifah, maka Muzdalifah seluruhnya adalah tempat wukuf.” (Muslim)

Selasa, 17 November 2009

Kata Hikmah 62

Hadith : Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:”Sesungguhnya perkara yang paling aku takuti ke atas umatku ialah syirik kepada Allah. Sesungguhnya aku tidak mengatakan bahawa mereka akan menyembah matahari, bulan atau berhala, akan tetapi mereka melakukan amalan kerana selain Allah dan kerana syahwat yang tersembnyi.” Riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi

Hadith : Sabda Rasulullah s.a.w:”Tidak ada seorangpun yang berada di dalam satu kaum yang mengetahui mereka melakukan kemaksiatan sedangkan ia berkuasa untuk mencegahnya maka Allah akan menurunkan azab kepada mereka sebelum mereka mati.” Riwayat Abu Daud

Hadith : Diriwayatkan daripada Abu Qatadah al-Anshari r.a bahawa Rasulullah SAW ditanya tentang berpuasa di hari Arafah. Maka Baginda bersabda: "Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang." (Muslim)

Hadith : Maksud Hadith; “Dari Aisyah r.a. katanya; Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tiada amalan anak Adam pada hari Aidil Adha yang disukai Allah selain daripada menyembelih korban. Korban-korban itu akan datang kepada orang yang melakukannya pada hari kiamat seperti keadaan semula, iaitu dengan anggotanya, tulangnya, tanduknya dan bulunya. Darah korban itu lebih dahulu jatuh ke suatu tempat yang disediakan Tuhan sebelum jatuh ke atas tanah. Oleh sebab itu, berkorbanlah dengan senang hati”. (at-Tirmidzi dan Ibnu Majah)

Rabu, 11 November 2009

Kata Hikmah 61

Hadith : Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:”Bukankah aku telah memberitahu kamu semua tentang orang yang diharamkan masuk ke neraka atau orang yang diharamkan ke atasnya neraka? Mereka ialah orang yang berdamping rapat dengan orang ramai (baik pergaulannya), hatinya tenang, berlemah lembut serta mudah dibawa berunding.” Riwayat at-Tarmizi

Selasa, 10 November 2009

Kata Hikmah 60

Hadith : Dari Abu Hurairah r.a, katanya: Rasululullah s.a.w bersabda: “ Roh “orang mati “ yang beriman tergantung (diawang-awangan) dengan sebab hutangnya-sehinggalah hutangnya dibayar oleh warisnya atau orang lain”. Riwayat Tirmizi

Isnin, 9 November 2009

Kata Hikmah 59

Hadith : Rasulullah s.a.w bersabda: "Seseorang itu tidak menjadi mukmin sehingga ia beriman sekurang-kurangnya empat perkara, iaitu: Mengetahui dan meyakini bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan bahawa aku ialah Rasulullah yang mengutuskan aku membawa kebenaran, dan percayakan mati yang memang ditetapkan masa dan caranya bagi tiap-tiap seorang, dan percayakan kebangkitan hidup semula sesudah mati, serta percayakan kadar takdir yang ditentukan oleh Allah." Ali r.a

Jumaat, 6 November 2009

Kata Hikmah 58

Hadith : Dari Thalhah bin Musharrif r.a katanya:”Aku bertanya kepada Abdullah bin Abi Aufa:”Adakah Rasulullah s.a.w berwasiat? Jawabnya :”Tidak!” Aku bertanya:”Mengapa kaum muslimin diwajibkan berwasiat? Jawabnya:”Baginda berwasiat dengan kitabullah azzawajalla (al-Quran).” (Muslim)

Khamis, 5 November 2009

Kata Hikmah 57

Anas ra berkata: Nabi saw. bersabda: Allah ta'ala berfirman: "Aku telah menyediakan bagi hamba-hambaKu yang beriman dan beramal saleh kenikmatan yagn tidak pernah dilihat oleh mata, didengar oleh telingan ataupun terlintas dalam hati manusia (Hadis Riwayat Ibnu Jarir dari Anas)

Lidah orang mukmin menurut hatinya, bila dia hendak berbicara difikirkannya dahulu sebelum disalurkan ke lidahnya. (Maksud Hadis)

Rabu, 4 November 2009

Kata Hikmah 56

Hadith : Dari Abdullah bin Abbas, r.anhuma, katanya; aku ada mendengar Rasul s.a.w, bersabda “ mana-mana orang Islam (lelaki atau perempuan) yang mati lalu disembahyangkan jenazahnya oleh 40 orang lelaki yang tidak mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain nescaya Allah kabulkan doa permohonan mereka mengenainya”. Riwayat Muslim

Selasa, 3 November 2009

Kata Hikmah 55

Hadith : Nabi s.a.w bersabda: "Tidak ada sesuatu yang menimpa seseorang Islam sama ada kepenatan, kesakitan, kesusahan memikirkan perkara yang akan datang, kedukaan, sesuatu yang menyakiti, atau kesusahan meningatkan apa yang telah berlaku - sehinggakan tikaman duri yang mencucuknya - melainkan Allah hapuskan dengan sebabnya, sebahagian dari dosa-dosanya." Abu Sa'id al-Khudri dan Abu Hurairah r.a

Isnin, 2 November 2009

Kata Hikmah 54

Hadith : Rasulullah s.a.w memerintahkan daku dengan bersabda: "Hendaklah engkau memohon perlindungan Allah daripada angkara syaitan-syaitan manusia dan jin". Aku pun meminta penjelasan Baginda s.a.w, dengan berkata: "Ya Rasulullah! Adakah manusia juga menjadi syaitan-syaitan?" Baginda menjawab: "Ya! Benar!". Abu Zar r.a

Hadith : Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang, jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia. Sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu, Allah berfirman:” Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya?” Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain. ” Riwayat at-Tirmidzi

Hadith : Nabi s.a.w bersabda: "Sesiapa yang mengacukan kepada saudara Islamnya dengan sebarang senjata yang membahayakan maka sesungguhnya Malaikat akan melaknatnya, sekalipun yang diacukan kepadanya itu saudaranya yang seibu sebapa." Abu Hurairah r.a

Rabu, 28 Oktober 2009

Kata Hikmah 53

Hadith : Dari Anas r.a katanya:”Dibawakan kepada Nabi s.a.w sebuah bejana (bekas) waktu itu baginda di Zaura’. Lalu baginda letakkan tangan baginda di dalam bejana itu. Maka keluarlah air daripada anak-anak jari baginda. Lalu orang ramai pun berwudhuk. Qatadah pun berkata:”Saya berkata kepada Anas :”Berapa ramaikah kamu ketika itu? Jawab Anas:”Tiga ratus atau lebih kurang tiga ratus.” (al-Bukhari)

Rasulullah SAW bersabda : "Tiada seorang muslim yang berdoa dengan suatu doa yang tiada dalamnya dosa, atau memutuskan silaturahim melainkan Allah akan memberikan kepadanya salah satu dari tiga perkara: sama ada disegerakan kemakbulan atau disimpan untuk diberikan pada hari akhirat, ataupun dijauhkan keburukan yang sepadan dengannya." (Riwayat Ahmad, al-Bazzar dan Abu Ya‘la dengan sanad yang sahih)

Selasa, 27 Oktober 2009

Kata Hikmah 52

Hadith : Dari Anas r.a katanya:”Akan kusampaikan kepadamu sebuah hadith yang tidak akan disampaikan orang kepadamu sepeninggalanku. Saya mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:”Di antara tanda-tanda kiamat ialah: berkurangnya ilmu, meratanya kebodohan, berlakunya (merebaknya) perzinaan dan banyaknya perempuan serta sedikitnya lelaki sehingga bagi lima puluh perempuan hanya seorang pengawalnya.” (Bukhari)

Isnin, 26 Oktober 2009

Kata Hikmah 51

Hadith : Dari Bara’ r.a katanya:”Rasulullah s.a w adalah orang yang paling elok mukanya dan amat baik perawakannya. Baginda tidak tinggi dan tidak juga rendah.” (al-Bukhari)

Hadith : Dari Abu Musa r.a, dari nabi s.a.w katanya:”Allah Azza wa Jalla membentangkan tangan-Nya pada malam hari untuk menerima taubat orang yang bersalah siang hari, dan membentangkan tangan-Nya siang hari untuk menerima taubat orang yang bersalah malam hari sehingga matahari terbit di Barat.” (Muslim)

Hadith : Rasulullah s.a.w bersabda: "Akan keluar satu batang leher dari Neraka pada hari kiamat, dengan dua mata yang melihat, dan dua telinga yang mendengar, serta lidah yang bercakap, lalu berkata: "Aku diberi kuasa menyiksa tiap-tiap seorang dari tiga jenis manusia: Tiap-tiap orang yang kejam dan keras hati, lagi degil tidak menerima kebenaran yang diketahuinya; tiap-tiap orang yang mempersekutukan sesuatu yang lain dengan Allah, dan orang-orang yang membuat gambar". Abu Hurairah r.a

Allah SWT berfirman yang bermaksud : "Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku maka: Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan-Ku (dengan mematuhi perintah-Ku), dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya mereka mendapat petunjuk." (Surah Al-Baqarah : Ayat 186)

Khamis, 22 Oktober 2009

Kata Hikmah 50

Hadith : Dari Anas r.a mengatakan;” Nabi s.a.w berwudhuk setiap kali beliau hendak sembahyang” Bertanya Amr bin Amir kepada Anas,:”Bagaimana yang anda sendiri lakukan?” Jawab Anas:”Kami cukupkan saja wuduk yang telah ada, selagi belum berhadath.” (al-Bukhari)

Rabu, 21 Oktober 2009

Kata Hikmah 49

Hadith : Dari Abu Ayyub al-Ansori r.a, dari rasulullah s.a.w sabdanya:”Seandainya kamu sekelian tidak mepunyai dosa sedikit jua pun yang patut diampuni Allah, nescaya Allah akan mendatangkan suatu kaum yang penuh dosa untuk diberikan-Nya ampunan bagi mereka.” (Muslim)

Dari ‘Ashim r.a katanya:”Saya bertanya kepada Anas:”Adakah Rasulullah menjadikan Madinah suatu Tanah Suci?” Jawabnya:”Ya, iaitu dari sini sampai ke sana, tidak boleh ditebang pohonnya. Siapa yang mengada-adakan di situ perbuatan yang bukan-bukan nescaya memperolehi kutukan Allah, kutukan malaikat dan seluruhnya.” (Bukhari)

Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:” Berhati-hatilah kamu dalam berhutang, sesungguhnya hutang itu mendatangkan kerisauan di malam hari dan menyebabkan kehinaan di siang hari.” Riwayat al-Baihaqi

Dari Abdullah bin Qais r.a katanya: “ Rasulullah saw bersabda:”Tidak ada yang lebih sabar mendengar ejekan selain Allah Taala. Orang-orang kafir mengatakan-Nya berbilang (banyak atau bersekutu) atau mereka mengangkat anak bagi-Nya. Namun begitu Allah tetap memberi mereka rezeki, memaafkan mereka dan memberikan apa yang mereka minta.” (Muslim)

Khamis, 15 Oktober 2009

Kata Hikmah 48

Hadith : Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Jangan memarahi wanita mukminah. Jika kamu benci akan perangainya, nescaya ada pula yang menyenangkan daripadanya.” (Muslim)

Rabu, 14 Oktober 2009

Kata Hikmah 47

Hadith : Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:”Sesiapa yang tidak mengasihi orang muda dan tidak mengenali hak orang tua maka bukan dari kalangan kami.” Riwayat Abu Daud

Selasa, 13 Oktober 2009

Kata Hikmah 46

Hadith : Dari Mu’aiqib r.a katanya, nabi s.a.w pernah berkata tentang menyapu tempat sujud ketika solat untuk meratakan atau membersihkannya. Sabda baginda:”Jika memang diperlukan, boleh dilakukan sekali sahaja.” (Muslim)

Hadith : Nabi s.a.w bersabda: "Sesiapa yang menolak kata-kata buruk terhadap kehormatan diri saudaranya, nescaya Allah menolak api neraka daripada mengenainya pada hari kiamat." Abu al-Darda' r.a

Hadith : Salim r.a mendengar Abu Hurairah mengatakan bahawa Nabi s.a.w bersabda:”Nanti akan dilenyapkan ilmu pengetahuan, akan bermaharajalela perzinaan dan kejahatan serta banyak haraj.” Seseorang bertanya:”Apakah haraj itu, ya Rasulullah?” Jawab baginda:”Begini!” (Nabi memberi isyarat dengan tangan baginda, seolah-olah menggambarkan terjadnya suatu pembunuhan.” (Bukhari)

Rasulullah SAW bersabda : "Bacalah al-Quran dan mintalah daripada Allah (pahala), kerana selepas kamu akan ada kaum yang membaca al-Quran dan meminta (upah) daripada manusia" (Riwayat Ahmad dan al-Tirmizi, dinilai hasan oleh al-Albani)

Khamis, 8 Oktober 2009

Kata Hikmah 45

Hadith : Dari Samurah r.a diceritakannya daripada Nabi s.a.w perihal mimpi. Sabda Nabi s.a.w:” Sesiapa yang bermimpi seolah-olah kepalanya dipukul orang dengan batu, ertinya orang itu mempelajari al-Quran tetapi tidak diamalkannya dan solat wajib ditinggalkannya.” (Bukhari)

Rabu, 7 Oktober 2009

Kata Hikmah 44

Hadith : Daripada al-Barra r.a katanya : “ Di kala seorang lelaki membaca surah al-Kahfi tiba-tiba ia melihat binatang peliharaannya berlari dan ia melihat bagaikan sekumpulan mega atau awan lalu ia datang menemui Rasulullah SAW dan menyebutkan mengenainya kepada Rasulullah SAW. Lalu Rasulullah SAW bersabda : “ Itu adalah as-Sakinah (ketenangan) yang turun bersama al-Quran atau turun di atas al-Quran.” al-Bukhari, Muslim dan at-Tirmidzi

Selasa, 6 Oktober 2009

Kata Hikmah 43

Hadith : Dari Ibnu Umar r.a katanya:”Nabi s.a.w melarang menjual buah-buahan sebelum nyata baiknya.” Ketika itu nabi ditanya tentang apakah yang dimaksudkan dengan ‘baik’, baginda menjawab,”Hendaknya buah-buahan itu tidak lagi terkena penyakit.” (al-Bukhari)

Isnin, 5 Oktober 2009

Kata Hikmah 42

Hadith : Dari Ibnu Abbas r.a katanya:”Seorang wanita datang bertanya kepada Rasulullah s.a.w katanya:”Ibuku meninggal. Sedangkan dia mempunyai hutang puasa selama sebulan. Bagaimana?” Jawab Rasulullah s.a.w: “Bagaimana pendapatmu andaikata dia mempunyai hutang terhadap seseorang, adakah engkau bayar?” Jawab wanita itu,:”Tentu ya Rasulullah!” Sabda Rasulullah s.a.w :”Hutang kepada Allah lebih patut dibayar.” (Muslim)

Khamis, 1 Oktober 2009

Kata Hikmah 41

Hadith : Abu Hurairah r.a menerangkan bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Bukanlah orang miskin, orang yang pergi dari rumah ke rumah, dia dapat ditolak oleh sesuap dan dua suap makanan, sebiji kurma dan dua biji kurma. Akan tetapi orang yang miskin itu ialah orang yang tidak memperoleh kecukupan yang dapat mencukupkan keperluannya dan tidak diketahui orang tentang kemiskinannya yang menyebabkan orang memberi sedekah kepadanya. Dan dia pula tidak pergi meminta ke sana ke mari (tidak mengulang-ulangi permintaannya kepada orang lain). ” (al-Bukhari dan Muslim)

Huraian Orang yang miskin adalah orang yang tidak mempunyai kecukupan dan tidak mahu menampakkan kemiskinannya kepada orang lain. Dia tidak mengemis ke sana sini sebaliknya berusaha mencari pendapatan sendiri. Orang sebeginilah yang layak menerima sedekah dan mendapat bantuan.

Rabu, 16 September 2009

Kata Hikmah 40

Hadith : Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “ Sesiapa bersedekah seberat biji kurma dari usaha yang baik, dan tidak naik (sampai) kepada Allah melainkan yang baik, maka sesungguhnya Allah menyambutnya dengan tangan kanan-Nya. Kemudian Allah memelihara sedekah itu untuk pemiliknya, sebagaimana seorang kamu memelihara anak-anak kudanya sehingga menjadilah sedekah itu setinggi gunung.” (al-Bukhari dan Muslim)

Isnin, 14 September 2009

Kata Hikmah 39

Hadith : Abu Hurairah r.a berkata Nabi SAW bersabda maksudnya : “ Apabila seorang wanita menafkahkan sebahagian dari hasil usaha suaminya tanpa izin suaminya maka bagi suaminya separuh pahala.” (al-Bukhari dan Muslim)

Hadith : Asma’ r.a menerangkan bahawasanya Rasulullah SAW bersabda (kepada Asma): “Nafkahkanlah dan janganlah kamu menyempitkan sedekah yang menyebabkan Allah menyempitkan (tidak mengeluarkannya) untuk kamu.” Dan janganlah kamu menyembunyikan sesuatu dalam bungkusan yang kerananya Allah memutuskan berkatnya dan kesuburannya.” (al-Bukhari dan Muslim)

Khamis, 10 September 2009

Kata Hikmah 38

Dari Abu Ayyub al-Anshari r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan, kemudian diiringinya dengan puasa enam hari di bulan Syawal, maka yang demikian itu seolah-olah berpuasa sepanjang masa.” (Hadis Riwayat Muslim)

Apabila seseorang darimu hendak mendirikan sembahyang, maka hendaklah ia sembahyang laksana sembahyang orang yang memberi selamat tinggal, iaitu orang yang sama sekali tidak fikir ia akan dapat kembali bersembahyang lagi.(Maksud Hadis)

Rabu, 9 September 2009

Kata Hikmah 37

Hadith : Dari Ibnu Umar r.a katanya:”Rasulullah s.a.w memerintahkan supaya membayar zakat fitrah sebelum orang ramai pergi solat ‘Id.” (Muslim)

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar r.a, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: "Apabila salah seorang di antara kamu makan, hendaklah dia makan dengan menggunakan tangan kanannya dan apabila dia minum hendaklah dia minum dengan menggunakan tangan kanannya kerana sesungguhnya syaitan itu, dia makan dengan menggunakan tangan kirinya dan minum juga dengan menggunakan tangan kirinya." (Hadis riwayat Imam Muslim).

Jangan bertengkar dengan orang yang kurang akal, nanti ia menyakitkan kamu dan jangan bertengkar dengan orang yang penyantun, nanti dia benci padamu. - IBNU ABBAS

Selasa, 8 September 2009

Kata Hikmah 35

Orang yang pandai bercakap tanpa melakukan, persis kebun bunga yang penuh rumput. - PERIBAHASA

Hadith : Dari Ibnu Umar r.a katanya:”Rasulullah s.a.w mewajibkan zakat fitrah di bulan Ramadhan atas setiap orang Muslim, biarpun dia merdeka atau hamba, lelaki atau perempuan iaitu segantang kurma atau gandum.” (Muslim)

Diriwayatkan daripada Zaid bin Khalid al-Juhaniy r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesiapa yang menjemput orang yang berpuasa untuk berbuka, dia akan mendapat pahala sebagaimana pahala orang yang berpuasa itu tanpa mengurangkan sedikitpun pahala orang yang berpuasa tersebut." (Hadis riwayat Imam Tirmizi).

Diriwayatkan daripada Kaab bin Iyadh r.a katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap umat itu ada ujiannya dan ujian umatku adalah harta kekayaan. " (Hadis riwayat Imam Tirmizi).

Khamis, 3 September 2009

Kata Hikmah 34

Hadith : Daripada Anas r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Hendaklah kamu semua makan sahur, sesungguhnya dengan bersahur itu akan beroleh keberkatan.” (al-Bukhari dan Muslim)

Rabu, 2 September 2009

Kata Hikmah 33

Wajib Taat Pada Pemerintah Hadith : Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah s.a.w bersabda:” Kamu wajib patuh dan setia sama ada dalam keadaan susah mahupun senang, disukai atau dibenci dan biarpun merugikan kepentinganmu.” (Muslim)

Hadith : Dari Abu Hurairah r.a, dari nabi s.a.w sabdanya:”Kami para nabi tidak diwarisi; harta yang kami tinggalkan adalah sedekah.” (Muslim)

Hadith : Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tiga perkara yang menyelamatkan , iaitu takut pada Allah ketika bersendirian dan di khalayak ramai, berlaku adil pada ketika suka dan marah, berjimat cermat ketika susah dan senang, dan tiga perkara yang membinasakan iaitu mengikut hawa nafsu, terlampau bakhil dan kagum seseorang dengan dirinya sendiri.” Riwayat Abu Syeikh

Hadith : Dari Jabir r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda:”Apabila kamu telah menunaikan solat (wajib) di masjid, maka kerjakanlah pula solat (sunat) di rumah kerana dengan itu Allah akan menjadikan rumah itu bahagia.” (al-Bukhari)

Selasa, 1 September 2009

Kata Hikmah 32

Kekayaan yang hilang boleh dikejar kembali dengan usaha dan kerja
bersungguh-sungguh. Kesihatan yang hilang boleh dikembalikan dengan
ubat-ubatan, tetapi waktu yang hilang, sekali hilang akan terus
hilang. - MARDEN O.S.

Carilah seribu sahabat dalam pergaulan kerana seribu sahabat belumlah
banyak. Jauhi seorang musuh kerana musuh yang seorang itu sudah
lebih daripada banyak. - LUKMANUL HAKIM

Jumaat, 28 Ogos 2009

Kata Hikmah 31

Hadith : Dari Abu Hurairah r.a katanya:”Rasulullah s.a.w melarang dua macam cara jual beli. Iaitu mulamasah dan munabadzah. Mulamasah ialah menjual dengan cara menyentuh barang dagangan tanpa diteliti oleh pembeli. Munabadzah ialah menjual dengan cara melemparkan barang dagangan kepada si pembeli tanpa meneliti barang itu.” (Muslim)

Khamis, 27 Ogos 2009

Kata Hikmah 30

Hadith : Dari Abu Hurairah r.a, dari nabi s.a.w sabdanya:”Apabila udara sangat panas, maka solatlah bila udara sudah agak dingin. Kerana udara yang sangat panas itu bertiup dari neraka jahanam. Dan mengadulah neraka kepada Tuhannya :”Sebahagianku memakan sebahagian yang lain.” Maka Allah mengizinkannya berhembus dua kali, sekali di musim dingin dan sekali di musim panas. Maka itulah yang kamu rasakan, bersangatan panas di musim kemarau dan bersangatan dingin di musim dingin.” (al-Bukhari)

Doa Hari - 6 Yaa Allah! Janganlah Engkau Hinakan Aku Karena Perbuatan Maksiat Terhadap-Mu, Dan Janganlah Engkau Pukul Aku Dengan Cambuk Balasan- Mu. Jauhkanlah Aku Dari Hal-Hal Yang Dapat Menyebabkan Kemurkaan-Mu, Dengan Anugerah Dan Bantuan-Mu, Wahai Puncak Keinginan Orang-Orang Yang Berkeinginan!

Rabu, 26 Ogos 2009

Kata Hikmah 29

Hadith : Dari Thawus r.a katanya:”Kami bertanya kepada Ibnu Abbas mengenai hukum duduk di atas kedua tumit. Jawab Ibnu Abbas;”Hukumnya sunat.” Kami berkata:”kami lihat janggal (jarang) orang duduk seperti itu.” Jawab Ibnu Abbas:”Tetapi begitulah sunnah nabi s.a.w.” (Muslim)

Selasa, 25 Ogos 2009

Kata Hikmah 28

Hadith : Diriwayatakan daripada Abu Hurairah r.a, dari nabi s.a.w baginda bersabda:”sesiapa yang pergi ke masjid pagi atau petang nescaya disediakan Allah tempat baginya di syurga, setiap kali dia pergi pagi atau petang.” (al-Bukhari)

Hati seorang bodoh ada dimulutnya, tetapi mulut seorang bijaksana ada dihatinya. - BENJAMIN FRANKLIN

Isnin, 24 Ogos 2009

Kata Hikmah 27

Hadith : Nabi s.a.w bersabda: "Apabila tiba hari Jumaat, ada pada tiap-tiap pintu masjid - Malaikat yang ditugaskan menulis orang yang datang sembahyang Jumaat seorang demi seorang; kemudian apabila imam duduk di atas mimbar, Malaikat-malaikat itu melipat lembaran-lembaran surat yang ditulisnya serta mereka datang mendengar khutbah." Abu Hurairah r.a

Hadith : Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah s.a.w bersabda:”Belum akan terjadi kiamat sebelum dua golongan besar saling memerangi antara satu sama lain, sedangkan korban di kedua belah pihak sangat besar pula. Dan alasan kedua-duanya hanyalah satu.

Diriwayatkan daripada Abu Musa r.a, beliau mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:”Orang yang paling besar pahala solatnya ialah orang yang paling jauh (dari masjid). Dan sesudah itu ialah orang yang menunggu-nunggu waktu untuk solat sehingga ia solat dengan imam, lebih besar pahalanya daripada ia solat (sendiri) kemudian ia tidur.” (al-Bukhari)

Jumaat, 21 Ogos 2009

Kata Hikmah 26

Jika ada sebuah pasaraya membuat tawaran istimewa, beli satu dapat 10, jalanraya dilapangkan menuju pasaraya itu, lampu isyarat semua dihijaukan, kenderaan lain semua dilencongkan, agar segala kemudahan diberi untuk kita pergi mendapatkan tawaran itu, tetapi kita tidak peduli dan tidak teringin langsung kepadanya, maka sesungguhnya kita memang tidak berminat sungguh dengan apa yang ditawarkan oleh pasaraya tersebut.

Demikianlah juga halnya dengan Ramadhan.

Seandainya pintu Syurga sudah dibuka, pintu Neraka ditutup kunci, malah Syaitan dirantai agar lemah potensinya dalam mengganggu manusia, segala gandaan pahala diberi dan segala galakan kebaikan ditawarkan, tiba-tiba kita langsung tidak tertarik untuk mendapatkannya, ia menandakan bahawa kita memang tidak berminat dengan Allah, tidak berminat dengan tawaran-Nya, tidak berminat dengan Syurga dan tidak pernah kisah dengan Neraka. Maka sesungguhnya orang ini benar-benar tidak mendapat sebarang rahmat daripada Allah. Semoga Allah melindungi kita daripada kedegilan dan kesombongan yang membinasakan itu.

Selamat Menyambut Ramadhan

Kepada semua pengunjung blog ini, saya ucapkan selamat menyambut Ramadhan. Semoga puasa anda semua diberkati Allah. Semoga kita berubah menjadi hamba Allah yang lebih baik. Insyaallah...

Selamat Menyambut Ramadhan

Khamis, 20 Ogos 2009

Kata Hikmah 25

Larangan Membakar Makhluk Allah Hadith : Dari Abu Hurairah r.a katanya:”Saya mendengar Rasulullah saw. bersabda:”Seekor semut menyengat salah seorang nabi. Nabi itu pun menyuruh mencari sarang semut itu lalu dibakar. Allah lalu menurunkan wahyu kepada nabi itu,”Sesungguhnya hanya seekor semut yang menyengat engkau, dan engkau bakar salah satu umat yang bertasbih kepada Tuhan.” (Bukhari dan Muslim)

Assalamualaikum wmth : “Tiada hari seindah Jumaat, Tiada kata seindah Zikir, Tiada Ibadah seindah Solat, Tiada Bulan seindah Ramadhan. Salam Ramadhan Al-Mubarak dan Selamat Berpuasa, Mohon maaf atas segala dosa. Moga Ramadhan ini adalah ramadhan yang terbaik buat diri kita semua."

Rabu, 19 Ogos 2009

Kata Hikmah 24

Hadith : Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:”Jika seorang hamba Allah kematian anak, Allah bertanya kepada Malaikat:”Adakah kamu telah mengambil nyawa anak hamba-Ku? Malaikat menjawab:”Ya.” Allah bertanya lagi: “Kamu telah mengambil nyawa buah hatinya?” Malaikat menjawab:”Ya”. Allah bertanya kali ketiga:”Apakah kata hamba-Ku?”Malaikat menjawab:”Ia bersyukur pada-Mu serta mengucapkan “dari Allah kita datang dan kepadanya kita kembali”. Allah Ta’ala memerintahkan malaikat-Nya:”Binalah baginya sebuah rumah di syurga dan namakan rumah itu ‘Rumah Kesyukuran’.” (at-Tirmidzi dan Ibnu Hibban)

Hadith : Dari Aisyah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Siapa yang dihisab (diperiksa) pada hari kiamat dia akan tersiksa” Aisyah bertanya:”Bukankah Allah Azza Wajalla telah berfirman , “Mereka akan diperiksa dengan pemeriksaan yang mudah” (al-Insyiqaq:8)” Jawab baginda:”Itu belum pemeriksaan, tetapi baru sekadar mengemukakan bukti-bukti.” Orang yang diperiksa dengan teliti nescaya tersiksa.” (Muslim)

Hadith : Dari Hakim bin Hizam r.a katanya:”Tangan yang di atas (tangan yang memberi) lebih baik dari tangan yang di bawah (tangan yang menerima atau meminta). Maka kerana itu mulakanlah memberi kepada keluargamu. Sebaik-baik sedekah ialah ketika kaya. Sesiapa yang memohon dipelihara (agar ia tidak sampai meminta-minta) Allah akan memeliharanya dan sesiapa yang memohon dicukupkan (agar ia tidak bergantung selain kepada Allah) Allah akan mencukupkannya.” (al-Bukhari)

Jumaat, 14 Ogos 2009

Kata Hikmah 23

Hadith :
Ummu ‘Atiyah al-Ansariyyah r.a berkata bahawa Rasulullah SAW masuk ke tempat kami ketika seorang anak perempuan baginda wafat. Maka baginda bersabda: “Mandikanlah dia tiga atau lima kali atau lebih dari itu jika kamu berpendapat demikian dengan air yang dicampurkan daun bidara yang sudah ditumbuk. Dan letakkan kali yang penghabisannya dengan kapur atau sedikit kapur. Kemudian apabila telah selesai, beritahulah kepada ku. Maka apabila kami telah selesai, kami terus memaklumkan kepada baginda, lalu baginda memberikan kepada kami kain pinggangnya. Baginda berkata : “Letakkan kain itu pada tubuhnya.” Ummu Atiyyah menghendaki kain pinggang nabi.”
(al-Bukhari, Muslim )

Nabi s.a.w pernah bertanya para sahabat baginda :
"Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?" Jawab mereka: "Orang yang muflis dalam kalangan kami ialah sesiapa yang tiada dirham dan tiada harta". Sabda baginda: "Orang yang muflis dalam umatku ialah sesiapa yang datang pada Hari Kiamat nanti bersama solat, puasa, zakat, juga dia pernah memaki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpah darah seseorang dan memukul seseorang. Lalu diberikan kepada orang ini dan itu pahalanya. Jika pahala-pahalanya habis sebelum sempat dilangsaikan kesalahannya, maka diambil dosa-dosa mereka dicampakkan ke atasnya lantas dicampakkan dia ke dalam neraka."
(Riwayat Muslim)

Khamis, 13 Ogos 2009

Kata Hikmah 22

Hadith : Anas Ibnu Malik r.a berkata bahawa para sahabat telah melalui suatu jenazah lalu menyebut-nyebut kebaikan jenazah itu, maka bersabdalah nabi: “telah tetap!”. Kemudian mereka melalui suatu jenazah yang lain, maka mereka pun menyebut-nyebut keburukannya. Maka berkatalah nabi : “telah tetap baginya.” Kemudian berkatalah Umar Ibnu Khattab : “Apa yang telah tetap itu?” Nabi menjawab: “Yang tadi kamu sebutkan kebajikannya, maka tetaplah (pastilah) dia mendapat syurga. Dan yang ini kamu sebut keburukannya maka pastilah ia mendapat neraka. Kamu memang saksi-saksi Allah di bumi,” (al-Bukhari dan Muslim )

Jangan tertawa melihat orang jatuh, tetapi sebaliknya insaf bahawa kita sedang berjalan menempuh liku-lekuk jalan yang sulit. Kalau kita selamat, bersyukurlah. Dari kejatuhan orang dapat tegak kembali. Yang amat sayang ialah jatuh yang tidak dapat bangun semula. - HAMKA

Berilmu bukan sekadar berteori, bukan sekadar bersilat lidah atau berlanggar pena. Berilmu ertinya beramal. Kita dijadikan Tuhan untuk bertugas. Sebab itu marilah kita gunakan umur yang singkat ini untuk mengabdikan diri kepada tugas yang telah digariskan Tuhan. - PROF. ZULKEFLI MUHAMMAD

Rabu, 12 Ogos 2009

Kata Hikmah 21

Hadith : Abdullah Ibnu Umar r.a menceritakan bahawa seorang lelaki berkata kepada nabi SAW : “ Manakah amalan Islam yang paling baik? Nabi menjawab; “Engkau memberikan makanan kepada orang-orang miskin dan engkau mengucapkan salam kepada orang yang telah engkau kenal dan kepada orang yang belum engkau kenal.” (al-Bukhari dan Muslim )

Pemuda yang sebenarnya berani ialah mereka yang tak lekas patah hati, tetapi kebijaksanaan selalunya memimpinnya. - KAMAL ATTATURK

Selama anda bahagia, selama itulah anda ramai kawan, tetapi sesaat kesengsaraan mengancam diri anda, sesaat itu pula kawan-kawan anda lenyap tanpa meninggalkan bekas. - OVIDIUS

Selasa, 11 Ogos 2009

Kata Hikmah 20

Hadith : Huzaifah r.a berkata, Nabi SAW bersabda maksudnya: “ Tulislah untuk ku nama orang-orang yang telah melafazkan kalimah Islam di antara manusia. Maka kami pun menulis untuk nabi seribu lima ratus orang. Kemudian kami berkata: “Apakah kami takut kepada musuh padahal kami berjumlah 1500 orang?” Maka sesungguhnya saya telah melihat bahawa kami diberikan ujian sehingga ada seseorang (di antara kami) bersembahyang bersendirian di dalam ketakutan.” (al-Bukhari dan Muslim )

IImu yang paling rendah mutunya ialah ilmu yang berlegar dihujung lidah dan ilmu yang paling tinggi ialah yang melahirkan kesan kepada tingkahlaku dan anggotanya. - SAIYIDINA ALI ABI TALIB

Untuk mengenal akhlak dan peribadi yakni adab seseorang, berikan kuasa kepadanya, kemudian lihat bagaimana ia bertindak. - MONTESQUE

Rasulullah SAW bersabda :
"Setiap anak Adam membuat salah. Sebaik-baik yang membuat salah ialah yang bertaubat."
(Riwayat al-Tirmizi dan Ibn Majah, dinilai hasan oleh al-Albani)

Isnin, 10 Ogos 2009

Kata Hikmah 19

Hadith : Dari Aisyah r.a katanya:”Rasulullah SAW sering berpuasa sehingga kami mengira bahawa baginda akan berpuasa seterusnya. Dan baginda sering berbuka sehingga kami mengira beliau akan berbuka terus. Dan aku tidak pernah melihat baginda berpuasa terus sebulan penuh kecuali pada bulan Ramadhan. Dan aku juga tidak pernah melihat baginda berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak daripada puasanya di bulan Syaaban.” (al-Bukhari)

Hadith : Daripada Samurah r.a katanya, sabda Rasulullah s.a.w:”Setiap anak tergadai dengan aqiqahnya yang disembelih pada hari ketujuh (dia dilahirkan), dicukur kepalanya dan diberikan nama.” Riwayat Ahmad

Hadith : “Aisyah r.a menerangkan bahawa ketika wafatnya Rasulullah SAW, jenazah baginda ditutupi dengan kain beragi dari buatan Yaman.” (al-Bukhari dan Muslim)

Perkara yang paling malang dan berbahaya sekali dalam tiap-tiap keadaan ialah orang yang tidak tahu apa yang hendak dikejarkannya. -NAPOLEON BONAPARTE

Jumaat, 7 Ogos 2009

Kata Hikmah 18

Hadith: Dari Anas katanya:”Nabi s.a.w menunda solat Isya’ hingga seperdua malam, barulah baginda solat. Kemudian baginda bersabda:”Orang lain telah solat dan mereka telah tidur. Adapun kamu sama juga seperti dalam solat selama kamu menanti-nantikan solat itu.”
(al-Bukhari)

Mempunyai wang itu memang baik, tapi lebih baik lagi mempunyai sesuatu
yang tidak dapat dibeli dengan wang. - BUDIMAN

Perbezaan antara orang yang berjaya dengan orang yang gagal terletak
pada rohaninya. Apa yang dapat difikirkan menentukan apa yang
dicapai. - HAMKA

Khamis, 6 Ogos 2009

Kata Hikmah 17

Hadith : Dari Anas r.a katanya: Pada suatu ketika Rasulullah SAW masuk ke masjid. Lalu dilihatnya ada sebuah tali terbentang di antara dua batang tiang, maka baginda bertanya:”Tali apakah ini?” Jawab para sahabat, “Tali yang dibentangkan Zainab untuk dia solat. Bila dia malas atau letih, dia berpegang pada tali tersebut.” Sabda baginda SAW:”Bukalah tali itu. Solatlah sesuai dengan kemampuanmu masing-masing; apabila kamu malas atau letih, maka kamu boleh solat sambil duduk.” (al-Bukhari)

Di kalangan masyarakat kera tidak terdapat manusia, tetapi ada banyak kera di kalangan manusia. - GEORGE BERNARD SHAW

Temanmu ialah orang yang sentiasa berkata benar dan bukan yang sentiasa membenarkan sahaja kata-katamu. - AL-HAKIM

Rabu, 5 Ogos 2009

Kata Hikmah 16

Hadith : Dari Aisyah r.a. daripada Nabi s.a.w. sabdanya: Berkorbanlah kamu dengan hati yang redha, sesungguhnya tiap-tiap muslim yang menghadapkan sembelihannya ke arah kiblat, maka darahnya, kotorannya dan bulunya itu adalah kebajikan dan bakti kepada timbangannya pada hari kiamat. (al-Baihaqi)

Jangan diringankan pergaulan dengan guru, walaupun guru memberi hati. Jangan cepat melintas dihadapannya, walaupun dia yang menghulurkan tangan. Meskipun telah pandai dan terang otak, jangan mencuba membelakangi guru. Sebab, dengan sikap yang tidak hormat, hilanglah martabat ilmu. - BUDIMAN

Selasa, 4 Ogos 2009

Kata Hikmah 15

Hadith : Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Tanda hari kiamat semakin dekat, dihapuskan (dicabut) ilmu (agama), lalu timbul fitnah (bala bencana atau kekacuan). Di mana-mana dijumpai kebakhilan serta banyak pembunuhan.” (Muslim)

Sesungguhnya setiap kegagalan mengandungi benih-benih kenikmatan yang akan datang. Sebenarnya setiap kegagalan itu hanya berlaku untuk sementara saja. - HAMKA

Jangan putus asa jika otak tumpul dan akal kurang cerdas. Kadang-kadang seseorang yang tumpul otaknya tetapi tidak putus asa lebih maju daripada seseorang yang cerdas tetapi malas. - HAMKA

Saidatina Aisyah berkata: Aku tidak pernah melihat Rasulullah S.A.W menyempurnakan puasa sebulan penuh melainkan pada bulan Ramadhan dan aku tidak pernah melihat baginda memperbanyakkan berpuasa sepertimana pada bulan Syaaban - HR Bukhari dan Muslim

Khamis, 30 Julai 2009

Kata Hikmah 14

Hadith : Dari Jabir r.a katanya, dia mendengar nabi s.a.w bersabda:”sesungguhnya penduduk syurga makan dan minum di dalamnya. Tetapi mereka tidak meludah, tidak kencing, tidak membuang air besar dan tidak membuang hingus.” Para sahabat bertanya:”Bagaimana makanan yang mereka makan? Jawab baginda:”Keluar dari sendawa yang baunya harum seperti bau kasturi . Mereka selalu membaca tasbih dan tahmid sebanyak tarikan nafas mereka.” (Muslim)

Hadith : Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:”Sesiapa yang datang kepada dukun kemudian dia membenarkan terhadap apa yang dikatakan olehnya, maka solat orang itu tidak diterima Allah selama 40 hari.” Riwayat Muslim

Berhati-hatilah ketika berbantahan, kerana berbantahan itu saat bodohnya orang berilmu dan pada saat itulah syaitan berusaha supaya ia tergelincir. - MUSLIM BIN YASAR

Selasa, 28 Julai 2009

Kata Hikmah 13

Hadith : Rasulullah s.a.w bersabda: "Jangan sekali-kali seseorang kamu bercita-cita hendakkan mati kerana sesuatu bencana yang menimpanya; kalau keadaannya mendesaknya meminta mati, maka hendaklah ia memohon dengan berkata: "Ya Tuhanku, hidupkanlah daku selagi hidup itu lebih baik bagiku, dan matikanlah daku apabila mati itu lebih baik bagiku." Anas r.a

Hadith : Nabi s.a.w bersabda: "Malaikat turun naik dalam kalangan kamu silih berganti: malam dan siang, kedua-dua puak itu berhimpun pada waktu sembahyang Subuh dan pada waktu sembahyang Asar; setelah itu puak yang bermalam dalam kalangan kamu: naik, lalu ditanya oleh Allah Taala - sedang Ia mengetahui hal mereka: "Bagaimana keadaan hamba-hamba-Ku semasa kamu tinggalkan?" Malaikat menjawab: "Kami tinggalkan mereka sedang mereka mengerjakan sembahyang, dan kami datang kepada mereka sedang mereka mengerjakan sembahyang. Abu Hurairah r.a

Hadith : Abdullah bin Salam dan serombongan dari kaumnya datang mengadap Rasulullah s.a.w lalu berkata: "Ya Rasulullah! Sesungguhnya kami beriman kepadamu, dan kepada kitab al-Quran yang diturunkan kepadamu, dan kepada Nabi Musa, dan kepada kitab Taurat, dan juga kepada Uzair, dan kami kufur terhadap yang lainnya dari Kitab-kitab dan Rasul-rasul." (Mendengar yang demikian) maka Baginda Rasulullah s.a.w bersabda : "(Itu tidak cukup) bahkan hendaklah kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya Muhammad, dan kitab-Nya al-Quran, dan kepada tiap-tiap kitab yang diturunkan sebelumnya." Ibn Abbas r.a

Bersahabat dengan orang yang jahat itu ibarat berperahu di laut. Sungguhpun kita selamat daripada tenggelam tetapi kita tidak terlepas daripada rasa takut. - PERIBAHASA ARAB

Rabu, 22 Julai 2009

Kata Hikmah 12

Hadith: Daripada Abu Said al-Khudri ra ia berkata, : “Zainab isteri Ibnu Mas’ud telah datang lalu berkata: “ Ya Rasulullah, sesungguhnya engkau telah memerintahkan bersedekah pada hari ini. Aku memiliki perhiasan dan ingin aku sedekahkan. Tetapi Ibnu Mas’ud merasakan bahawa dirinya dan anaknya lebih berhak aku berikan sedekah” (al-Bukhari )

IImu yang paling rendah mutunya ialah ilmu yang berlegar dihujung lidah
dan ilmu yang paling tinggi ialah yang melahirkan kesan kepada tingkahlaku
dan anggotanya. - SAIYIDINA ALI ABI TALIB

Selasa, 21 Julai 2009

Kata Hikmah 11

Hadith: Dari Salim bin Abdillah bin Umar dari ayahnya r.a bahawasanya Rasulullah SAW telah memberi sesuatu kepada Umar bin al-Khattab. Maka Umar berkata : “Berikanlah kepada orang yang lebih fakir daripada aku.” Nabi bersabda: “Ambillah lalu kembangkan atau engkau sedekahkan. Sesuatu yang datang kepada mu dari harta ini sedangkan engkau tidak mengharap dan tidak memintanya maka ambillah dan sesuatu yang tidak datang kepada mu maka janganlah engkau ikutkan diri mu pada sesuatu itu.” (Muslim)

Pergaulan mempengaruhi didikan otak. Pergaulan membentuk kepercayaan dan keyakinan. Oleh itu, untuk kebersihan jiwa, hendaklah bergaul dengan orang-orang yang berbudi, orang yang dapat kita kutip manfaat daripadanya. - HAMKA

Isnin, 20 Julai 2009

Kata Hikmah 10

Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a, sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w pernah melihat seorang kanak-kanak yang telah dicukur sebahagian rambutnya dan sebahagian yang lain dibiarkannya. Lalu baginda melarang mereka dari berbuat sedemikian sambil bersabda: "Cukurlah semuanya atau biarkanlah semuanya." (Hadis riwayat Abu Daud). Kesimpulan Hadis: 1- Larangan dari mencukur sebahagian rambut dan meninggalkan sebahagian yang lain. Larangan di sini ialah larangan yang sangat dibenci manakala hikmat dari larangan ini ialah kerana dia cuba mengubah ciptaan Allah s.w.t. 2- Harus mencukur rambut keseluruhannya dan harus juga membiarkannya kesemuanya dengan syarat kebersihannya hendaklah dijaga dan tidak menyerupai kaum perempuan.

Senyuman adalah ibarat perhiasan batin, yang membantu mengindahkan perhiasan lahir yang kurang cantik. Dengan senyuman kemana pun kita pergi, bersinarlah disana cahaya kegembiraan. Dengan senyum tiada urusan yang berat dalam dunia ini, semuanya dapat diatasi. - HAMKA

Khamis, 16 Julai 2009

Kata Hikmah 9

Hadith: Diriwayatkan dari Ibnu Umar r.a dari Nabi s.a.w mengatakan bahawa Nabi s.a.w dalam suatu perjalanan melintangkan kenderaannya, kemudian baginda solat menghadap ke arah kenderaan itu.” (al-Bukhari)

Selasa, 14 Julai 2009

Kata Hikmah 8

Hadith : Dari Anas bin Malik r.a katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda:”Kelak akan ditanya kepada orang kafir pada hari kiamat, bagaimana pendapatmu seandainya seluruh isi bumi ini menjadi emas dan menjadi milikmu, mahukah engkau menebus dosamu dengannya?” Jawab orang itu:”Mahu!” Maka dikatakan kepadanya:”Dahulu telah diminta kepadamu (tebusan) yang lebih ringan dari itu.” (Muslim)

Dan belanjalah pada jalan Allah dan janganlah anda mencampakkan diri ke jalan kebinasaan, dan berbuat baiklah, sesungguhnya Allah sangat suka mereka yang melakukan kebaikan - Al-Baqarah 195

Jangan engkau percaya melihat kegagahan seorang lelaki. Tetapi jika mereka teguh memegang amanah dan menahan tangannya daripada menganiayai sesamanya, itulah lelaki yang sebenarnya. Khalifah Umar al-Khattab

Isnin, 13 Julai 2009

Kata Hikmah 7

Rasullah s.a.w bersabda: " Jauhkan dan singkirkanlah perkara-perkara yang membinasakan." Sahabat-sahabat Baginda bertanya: " Apakah dia perkara-perkara itu ya Rasulullah?'' Baginda s.a.w menjawab: " (Salah satu yang terbesar di antaranya) ialah melakukan syirik terhadap Allah…." Abu Hurairah r.a

Hadith: Fari Abu Hurairah r.a, dari nabi saw., sabdanya:”Allah berfirman:”Ada tiga jenis, Aku menjadi musuh mereka pada hari kiamat: i)Orang yang memberi kerana-Ku, kemudian tidak diakuinya ii)Orang yang menjual orang yang merdeka, kemudian dimakannya wang hasil jualan tersebut. iii)Orang yang mengupah kepada pekerja lalu disuruh sempurnakan kerja itu tapi tidak dibayarnya upah itu.” (Bukhari)

Hadith: Dari Anas bin Malik r.a dari Nabi saw. sabdanya,:”Semua negeri akan diinjak oleh Dajjal, melainkan Mekah dan Madinah. Di mana setiap jalan masuk ke dalam kedua kota itu dijaga oleh malaikat dengan berbaris. Kemudian Madinah bergoncang tiga kali goncangan, maka ketika itu Allah SWT mengeluarkan semua orang kafir dan orang munafik.

Jumaat, 10 Julai 2009

Kata Hikmah 6

Hadith :
Dari Abu Said al-Khudri r.a katanya:”Rasulullah s.a.w adalah seorang yang sangat pemalu, lebih pemalu dari gadis pingitan. Apabila baginda tidak menyenangi sesuatu, kami dapat mengetahuinya dari wajah baginda.”

(Muslim)


Hadith :
Dari Zaid bin Khalid al-Juhhani r.a, dari Rasulullah saw. sabdanya:” Sesiapa yang memungut barang yang hilang, maka dia bersalah selama dia tidak mengumumkannya.”

(Muslim)

Selasa, 7 Julai 2009

Kata Hikmah 5

Hadith: Nabi s.a.w bersabda: Berimanlah kamu kepada kitab Taurat, dan kitab Injil, dan kitab Zabur, dan hendaklah kitab al-Quran pula menjadi panduan yang cukup meliputi cara hidup kamu." Maqil bin Yasar r.a

Hadith: Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:”:Empat perkara yang membawa kebahagiaan iaitu wanita yang solehah, rumah yang luas, jiran yang baik dan kenderaan yang selesa.!” Riwayat Ibnu Hibban

Hadith: Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a katanya:”Rasulullah saw. bersabda, maksudnya: "Berpuasalah kamu pada hari `Asyura' dan buatlah perbezaan padanya (dari) orang Yahudi (dengan) berpuasa sehari sebelumnya atau sehari selepasnya." (Ahmad)

Jumaat, 3 Julai 2009

Kata Hikmah 4

Hadith: Ma’qil Ibnu Yasar r.a berkata “ Saya mendengar Nabi SAW bersabda: “ Tidak ada seorang hamba yang Allah serahkan kepadanya untuk memimpin segolongan rakyat lalu ia tidak memelihara rakyatnya itu dengan menuntut dan memimpin mereka kepada kemaslahatan dunia dan akhirat melainkan tiadalah ia mencium bau syurga.” (al-Bukhari 93:8, Muslim 1:6)

al-Bukhari , Muslim

Khamis, 2 Julai 2009

Kata Hikmah 3

"Dan bahawa sesungguhnya, Dialah yang menyebabkan (seseorang itu bergembira) tertawa dan menyebabkan (seseorang itu berdukacita) menangis;" (Surah An-Najm 53:43)

Kata Hikmah 2

Hadith: Daripada Abdullah ibn Amir r.a katanya : “ Aku mendengar nabi SAW bersabda yang bermaksud : “ Sesiapa yang dibunuh kerana mempertahankan hartanya maka dia itu syahid.” (al-Bukhari 46:33 ; Muslim 1: 60) al-Bukhari. Orang yang meninggal dunia lantaran mempertahankan harta dihukum sebagai syahid di akhirat. Manakala syahid di dunia dan akhirat pula adalah khusus bagi mereka yang meninggal dunia (terkorban) dalam pertempuran iaitu demi mempertahankan agama dan umat Islam.

Selasa, 30 Jun 2009

Kata Hikmah 1

Hadith: Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Jika kamu duduk di atas bara api, lalu terbakar baju dan kulitmu, itu lebih baik bagimu daripada duduk di atas kubur.” (Muslim)

Hadith: Rasulullah s.a.w bersabda: " Sesiapa bersumpah dengan sebarang sebutan yang lain daripada nama atau sifat Allah, maka sesungguhnya ia telah melakukan syirik terhadap Allah." Ibn Umar r.a

Hadith: Rasullah s.a.w bersabda: " Sesiapa mati dalam keadaan ia melakukan sebarang syirik terhadap Allah, masuklah dia ke dalam neraka." Abdullah bin Mas'ud r.a

Seandainya manusia mengetahui keutamaan panggilan azan dan shaf awal kemudian tidaklah mereka mampu mendapatkannya kecuali dengan mencabut undi. pastilah mereka mencabut undi dan seandainya mereka mengetahui keutamaan bersegera menuju masjid nescaya mereka akan berlumba-lumba dan seandainya mereka mengetahui keutamaan sepertiga malam yang awal dan subuh nescaya mereka akan dtg kepadaku walaupun dengan merangkak. ( Riwayat Bukhari Muslim )