Isnin, 2 November 2009

Kata Hikmah 54

Hadith : Rasulullah s.a.w memerintahkan daku dengan bersabda: "Hendaklah engkau memohon perlindungan Allah daripada angkara syaitan-syaitan manusia dan jin". Aku pun meminta penjelasan Baginda s.a.w, dengan berkata: "Ya Rasulullah! Adakah manusia juga menjadi syaitan-syaitan?" Baginda menjawab: "Ya! Benar!". Abu Zar r.a

Hadith : Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang, jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia. Sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu, Allah berfirman:” Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya?” Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain. ” Riwayat at-Tirmidzi

Hadith : Nabi s.a.w bersabda: "Sesiapa yang mengacukan kepada saudara Islamnya dengan sebarang senjata yang membahayakan maka sesungguhnya Malaikat akan melaknatnya, sekalipun yang diacukan kepadanya itu saudaranya yang seibu sebapa." Abu Hurairah r.a

Tiada ulasan:

Catat Ulasan