Khamis, 30 Julai 2009

Kata Hikmah 14

Hadith : Dari Jabir r.a katanya, dia mendengar nabi s.a.w bersabda:”sesungguhnya penduduk syurga makan dan minum di dalamnya. Tetapi mereka tidak meludah, tidak kencing, tidak membuang air besar dan tidak membuang hingus.” Para sahabat bertanya:”Bagaimana makanan yang mereka makan? Jawab baginda:”Keluar dari sendawa yang baunya harum seperti bau kasturi . Mereka selalu membaca tasbih dan tahmid sebanyak tarikan nafas mereka.” (Muslim)

Hadith : Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:”Sesiapa yang datang kepada dukun kemudian dia membenarkan terhadap apa yang dikatakan olehnya, maka solat orang itu tidak diterima Allah selama 40 hari.” Riwayat Muslim

Berhati-hatilah ketika berbantahan, kerana berbantahan itu saat bodohnya orang berilmu dan pada saat itulah syaitan berusaha supaya ia tergelincir. - MUSLIM BIN YASAR

Selasa, 28 Julai 2009

Kata Hikmah 13

Hadith : Rasulullah s.a.w bersabda: "Jangan sekali-kali seseorang kamu bercita-cita hendakkan mati kerana sesuatu bencana yang menimpanya; kalau keadaannya mendesaknya meminta mati, maka hendaklah ia memohon dengan berkata: "Ya Tuhanku, hidupkanlah daku selagi hidup itu lebih baik bagiku, dan matikanlah daku apabila mati itu lebih baik bagiku." Anas r.a

Hadith : Nabi s.a.w bersabda: "Malaikat turun naik dalam kalangan kamu silih berganti: malam dan siang, kedua-dua puak itu berhimpun pada waktu sembahyang Subuh dan pada waktu sembahyang Asar; setelah itu puak yang bermalam dalam kalangan kamu: naik, lalu ditanya oleh Allah Taala - sedang Ia mengetahui hal mereka: "Bagaimana keadaan hamba-hamba-Ku semasa kamu tinggalkan?" Malaikat menjawab: "Kami tinggalkan mereka sedang mereka mengerjakan sembahyang, dan kami datang kepada mereka sedang mereka mengerjakan sembahyang. Abu Hurairah r.a

Hadith : Abdullah bin Salam dan serombongan dari kaumnya datang mengadap Rasulullah s.a.w lalu berkata: "Ya Rasulullah! Sesungguhnya kami beriman kepadamu, dan kepada kitab al-Quran yang diturunkan kepadamu, dan kepada Nabi Musa, dan kepada kitab Taurat, dan juga kepada Uzair, dan kami kufur terhadap yang lainnya dari Kitab-kitab dan Rasul-rasul." (Mendengar yang demikian) maka Baginda Rasulullah s.a.w bersabda : "(Itu tidak cukup) bahkan hendaklah kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya Muhammad, dan kitab-Nya al-Quran, dan kepada tiap-tiap kitab yang diturunkan sebelumnya." Ibn Abbas r.a

Bersahabat dengan orang yang jahat itu ibarat berperahu di laut. Sungguhpun kita selamat daripada tenggelam tetapi kita tidak terlepas daripada rasa takut. - PERIBAHASA ARAB

Rabu, 22 Julai 2009

Kata Hikmah 12

Hadith: Daripada Abu Said al-Khudri ra ia berkata, : “Zainab isteri Ibnu Mas’ud telah datang lalu berkata: “ Ya Rasulullah, sesungguhnya engkau telah memerintahkan bersedekah pada hari ini. Aku memiliki perhiasan dan ingin aku sedekahkan. Tetapi Ibnu Mas’ud merasakan bahawa dirinya dan anaknya lebih berhak aku berikan sedekah” (al-Bukhari )

IImu yang paling rendah mutunya ialah ilmu yang berlegar dihujung lidah
dan ilmu yang paling tinggi ialah yang melahirkan kesan kepada tingkahlaku
dan anggotanya. - SAIYIDINA ALI ABI TALIB

Selasa, 21 Julai 2009

Kata Hikmah 11

Hadith: Dari Salim bin Abdillah bin Umar dari ayahnya r.a bahawasanya Rasulullah SAW telah memberi sesuatu kepada Umar bin al-Khattab. Maka Umar berkata : “Berikanlah kepada orang yang lebih fakir daripada aku.” Nabi bersabda: “Ambillah lalu kembangkan atau engkau sedekahkan. Sesuatu yang datang kepada mu dari harta ini sedangkan engkau tidak mengharap dan tidak memintanya maka ambillah dan sesuatu yang tidak datang kepada mu maka janganlah engkau ikutkan diri mu pada sesuatu itu.” (Muslim)

Pergaulan mempengaruhi didikan otak. Pergaulan membentuk kepercayaan dan keyakinan. Oleh itu, untuk kebersihan jiwa, hendaklah bergaul dengan orang-orang yang berbudi, orang yang dapat kita kutip manfaat daripadanya. - HAMKA

Isnin, 20 Julai 2009

Kata Hikmah 10

Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a, sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w pernah melihat seorang kanak-kanak yang telah dicukur sebahagian rambutnya dan sebahagian yang lain dibiarkannya. Lalu baginda melarang mereka dari berbuat sedemikian sambil bersabda: "Cukurlah semuanya atau biarkanlah semuanya." (Hadis riwayat Abu Daud). Kesimpulan Hadis: 1- Larangan dari mencukur sebahagian rambut dan meninggalkan sebahagian yang lain. Larangan di sini ialah larangan yang sangat dibenci manakala hikmat dari larangan ini ialah kerana dia cuba mengubah ciptaan Allah s.w.t. 2- Harus mencukur rambut keseluruhannya dan harus juga membiarkannya kesemuanya dengan syarat kebersihannya hendaklah dijaga dan tidak menyerupai kaum perempuan.

Senyuman adalah ibarat perhiasan batin, yang membantu mengindahkan perhiasan lahir yang kurang cantik. Dengan senyuman kemana pun kita pergi, bersinarlah disana cahaya kegembiraan. Dengan senyum tiada urusan yang berat dalam dunia ini, semuanya dapat diatasi. - HAMKA

Khamis, 16 Julai 2009

Kata Hikmah 9

Hadith: Diriwayatkan dari Ibnu Umar r.a dari Nabi s.a.w mengatakan bahawa Nabi s.a.w dalam suatu perjalanan melintangkan kenderaannya, kemudian baginda solat menghadap ke arah kenderaan itu.” (al-Bukhari)

Selasa, 14 Julai 2009

Kata Hikmah 8

Hadith : Dari Anas bin Malik r.a katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda:”Kelak akan ditanya kepada orang kafir pada hari kiamat, bagaimana pendapatmu seandainya seluruh isi bumi ini menjadi emas dan menjadi milikmu, mahukah engkau menebus dosamu dengannya?” Jawab orang itu:”Mahu!” Maka dikatakan kepadanya:”Dahulu telah diminta kepadamu (tebusan) yang lebih ringan dari itu.” (Muslim)

Dan belanjalah pada jalan Allah dan janganlah anda mencampakkan diri ke jalan kebinasaan, dan berbuat baiklah, sesungguhnya Allah sangat suka mereka yang melakukan kebaikan - Al-Baqarah 195

Jangan engkau percaya melihat kegagahan seorang lelaki. Tetapi jika mereka teguh memegang amanah dan menahan tangannya daripada menganiayai sesamanya, itulah lelaki yang sebenarnya. Khalifah Umar al-Khattab

Isnin, 13 Julai 2009

Kata Hikmah 7

Rasullah s.a.w bersabda: " Jauhkan dan singkirkanlah perkara-perkara yang membinasakan." Sahabat-sahabat Baginda bertanya: " Apakah dia perkara-perkara itu ya Rasulullah?'' Baginda s.a.w menjawab: " (Salah satu yang terbesar di antaranya) ialah melakukan syirik terhadap Allah…." Abu Hurairah r.a

Hadith: Fari Abu Hurairah r.a, dari nabi saw., sabdanya:”Allah berfirman:”Ada tiga jenis, Aku menjadi musuh mereka pada hari kiamat: i)Orang yang memberi kerana-Ku, kemudian tidak diakuinya ii)Orang yang menjual orang yang merdeka, kemudian dimakannya wang hasil jualan tersebut. iii)Orang yang mengupah kepada pekerja lalu disuruh sempurnakan kerja itu tapi tidak dibayarnya upah itu.” (Bukhari)

Hadith: Dari Anas bin Malik r.a dari Nabi saw. sabdanya,:”Semua negeri akan diinjak oleh Dajjal, melainkan Mekah dan Madinah. Di mana setiap jalan masuk ke dalam kedua kota itu dijaga oleh malaikat dengan berbaris. Kemudian Madinah bergoncang tiga kali goncangan, maka ketika itu Allah SWT mengeluarkan semua orang kafir dan orang munafik.

Jumaat, 10 Julai 2009

Kata Hikmah 6

Hadith :
Dari Abu Said al-Khudri r.a katanya:”Rasulullah s.a.w adalah seorang yang sangat pemalu, lebih pemalu dari gadis pingitan. Apabila baginda tidak menyenangi sesuatu, kami dapat mengetahuinya dari wajah baginda.”

(Muslim)


Hadith :
Dari Zaid bin Khalid al-Juhhani r.a, dari Rasulullah saw. sabdanya:” Sesiapa yang memungut barang yang hilang, maka dia bersalah selama dia tidak mengumumkannya.”

(Muslim)

Selasa, 7 Julai 2009

Kata Hikmah 5

Hadith: Nabi s.a.w bersabda: Berimanlah kamu kepada kitab Taurat, dan kitab Injil, dan kitab Zabur, dan hendaklah kitab al-Quran pula menjadi panduan yang cukup meliputi cara hidup kamu." Maqil bin Yasar r.a

Hadith: Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:”:Empat perkara yang membawa kebahagiaan iaitu wanita yang solehah, rumah yang luas, jiran yang baik dan kenderaan yang selesa.!” Riwayat Ibnu Hibban

Hadith: Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a katanya:”Rasulullah saw. bersabda, maksudnya: "Berpuasalah kamu pada hari `Asyura' dan buatlah perbezaan padanya (dari) orang Yahudi (dengan) berpuasa sehari sebelumnya atau sehari selepasnya." (Ahmad)

Jumaat, 3 Julai 2009

Kata Hikmah 4

Hadith: Ma’qil Ibnu Yasar r.a berkata “ Saya mendengar Nabi SAW bersabda: “ Tidak ada seorang hamba yang Allah serahkan kepadanya untuk memimpin segolongan rakyat lalu ia tidak memelihara rakyatnya itu dengan menuntut dan memimpin mereka kepada kemaslahatan dunia dan akhirat melainkan tiadalah ia mencium bau syurga.” (al-Bukhari 93:8, Muslim 1:6)

al-Bukhari , Muslim

Khamis, 2 Julai 2009

Kata Hikmah 3

"Dan bahawa sesungguhnya, Dialah yang menyebabkan (seseorang itu bergembira) tertawa dan menyebabkan (seseorang itu berdukacita) menangis;" (Surah An-Najm 53:43)

Kata Hikmah 2

Hadith: Daripada Abdullah ibn Amir r.a katanya : “ Aku mendengar nabi SAW bersabda yang bermaksud : “ Sesiapa yang dibunuh kerana mempertahankan hartanya maka dia itu syahid.” (al-Bukhari 46:33 ; Muslim 1: 60) al-Bukhari. Orang yang meninggal dunia lantaran mempertahankan harta dihukum sebagai syahid di akhirat. Manakala syahid di dunia dan akhirat pula adalah khusus bagi mereka yang meninggal dunia (terkorban) dalam pertempuran iaitu demi mempertahankan agama dan umat Islam.