Jumaat, 14 Ogos 2009

Kata Hikmah 23

Hadith :
Ummu ‘Atiyah al-Ansariyyah r.a berkata bahawa Rasulullah SAW masuk ke tempat kami ketika seorang anak perempuan baginda wafat. Maka baginda bersabda: “Mandikanlah dia tiga atau lima kali atau lebih dari itu jika kamu berpendapat demikian dengan air yang dicampurkan daun bidara yang sudah ditumbuk. Dan letakkan kali yang penghabisannya dengan kapur atau sedikit kapur. Kemudian apabila telah selesai, beritahulah kepada ku. Maka apabila kami telah selesai, kami terus memaklumkan kepada baginda, lalu baginda memberikan kepada kami kain pinggangnya. Baginda berkata : “Letakkan kain itu pada tubuhnya.” Ummu Atiyyah menghendaki kain pinggang nabi.”
(al-Bukhari, Muslim )

Nabi s.a.w pernah bertanya para sahabat baginda :
"Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?" Jawab mereka: "Orang yang muflis dalam kalangan kami ialah sesiapa yang tiada dirham dan tiada harta". Sabda baginda: "Orang yang muflis dalam umatku ialah sesiapa yang datang pada Hari Kiamat nanti bersama solat, puasa, zakat, juga dia pernah memaki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpah darah seseorang dan memukul seseorang. Lalu diberikan kepada orang ini dan itu pahalanya. Jika pahala-pahalanya habis sebelum sempat dilangsaikan kesalahannya, maka diambil dosa-dosa mereka dicampakkan ke atasnya lantas dicampakkan dia ke dalam neraka."
(Riwayat Muslim)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan