Khamis, 10 Disember 2009
Kata Hikmah 74
Hadith : Rasulullah s.a.w bersabda: "Didekatkan matahari pada hari kiamat kepada makhluk-makhluk sehingga matahari itu menjadi dekat kepada mereka sejarak satu mil; maka pada saat itu manusia berada dalam peluh masing-masing mengikut kadar amal jahatnya; ada di antara mereka yang peluhnya sampai ke mata kakinya, ada yang sampai ke lututnya, ada yang sampai ke pinggangnya, dan ada yang sampai peluhnya masuk ke mulutnya". Miqdad bin al-Aswad r.a
Rabu, 9 Disember 2009
Kata Hikmah 73
Hadith : Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang sentiasa beristighfar maka Allah akan menjadikan baginya setiap kesusahan itu ada jalan keluar dan pada setiap kesempitan ada cara mengatasinya serta memberikan rezeki kepadanya daripada sumber yang tidak disangka-sangka.” Riwayat Abu Daud
Selasa, 8 Disember 2009
Kata Hikmah 72
Hadith : Abu Ayyub r.a meriwayatkan katanya: “Adalah Rasulullah SAW apabila baginda didatangkan makanan maka baginda memakan sebahagiannya dan yang lebihnya dikirim kepada ku. Pada suatu hari baginda mengirimkan kepada ku makanan yang lebih yang tidak pun dimakan sebahagiannya kerana padanya ada bawang putih. Saya bertanya kepada beliau: “Apakah ia haram? Baginda bersabda: “Tidak. Tetapi aku tidak menyukainya kerana baunya. Abu Ayyub berkata: “Sesungguhnya saya tidak menyukai apa yang anda tidak menyukainya.” (HR Muslim)
Isnin, 7 Disember 2009
Kata Hikmah 71
Hadith : Ibnu Mas’ud meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Apabila seseorang kamu dijemput kepada jamuan makan hendaklah ia menghadirinya. Jika ia tidak berpuasa hendaklah ia makan dan jika ia berpuasa hendaklah ia berdoa untuk keberkatan yang menjemput.” (at-Thabrani)
Jumaat, 4 Disember 2009
Kata Hikmah 70
Hadith : Ibnu Umar r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Dihalalkan untuk kamu dua bangkai dan dua darah; Dua bangkai itu ialah ikan dan belalang dan dua darah itu ialah hati dan limpa.” (HR Ibnu Majah, Ahmad)
Rabu, 2 Disember 2009
Kata Hikmah 69
Hadith : Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:” Sesiapa yang hendak melakukan sesuatu urusan umat Islam hendaklah bermesyuarat nescaya Allah memberikan taufiq bagi memperelokkan urusan mereka.” Riwayat at-Tabrani
Selasa, 1 Disember 2009
Kata Hikmah 68
Hadith : Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Ahli syurga itu ada tiga golongan iaitu orang yang memerintah yang bersifat adil dan dikurniakan taufiq, orang yang berperasaan kasih sayang serta berhati lembut kepada setiap kaum karabat dan sesama Islam, orang yang tidak suka meminta-minta dan berusaha mengelak daripada meminta-minta sedangkan ia mempunyai keluarga yang ramai”. Riwayat Muslim
Allah SWT berfirman yang bermaksud : "Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan solat serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kemungkaran. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan." (Surah Al-Hajj : Ayat 41)
Allah SWT berfirman yang bermaksud : "Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan solat serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kemungkaran. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan." (Surah Al-Hajj : Ayat 41)
Langgan:
Catatan (Atom)