Memaparkan catatan dengan label Korban. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Korban. Papar semua catatan

Rabu, 25 November 2009

Kata Hikmah 65

Hadith : Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:” Aku diperintahkan dengan menyembelih korban itu dan ia adalah sunat ke atas kamu” Riwayat at- Tirmidzi

Hadith : Dari Nubaisyah al-Hudzali r.a katanya:”Rasulullah s.a.w bersabda:”Hari-hari Tasyrik (11,12 dan 13 Zulhijjah) adalah hari-hari makan minum.” (Muslim)

Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya. Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya. Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya. Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.

Hadith : Daripada Abu Hurairah r.a. lagi bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, “Mengerjakan umrah ke satu umrah yang lain menjadi penutup dosa yang dilakukan di antara kedua umrah itu. Manakala haji yang mabrur pula akan dibalas dengan syurga kepada orang yang mengerjakannya”. (al-Bukhari dan Muslim)

Rabu, 18 November 2009

Kata Hikmah 63

Hadith : Dari jabir r.a, dia menceritakan dalam hadithnya bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:”Aku menyembelih korban di sini, dan Mina seluruhnya adalah tempat menyembelih. Kerana itu sembelihlah korbanmu di tempat kenderaanmu berhenti. Dan wukuf di ‘Arafah, maka ‘Arafah seluruhnya adalah tempat wukuf. Dan aku wukuf pula di Muzdalifah, maka Muzdalifah seluruhnya adalah tempat wukuf.” (Muslim)

Selasa, 17 November 2009

Kata Hikmah 62

Hadith : Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:”Sesungguhnya perkara yang paling aku takuti ke atas umatku ialah syirik kepada Allah. Sesungguhnya aku tidak mengatakan bahawa mereka akan menyembah matahari, bulan atau berhala, akan tetapi mereka melakukan amalan kerana selain Allah dan kerana syahwat yang tersembnyi.” Riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi

Hadith : Sabda Rasulullah s.a.w:”Tidak ada seorangpun yang berada di dalam satu kaum yang mengetahui mereka melakukan kemaksiatan sedangkan ia berkuasa untuk mencegahnya maka Allah akan menurunkan azab kepada mereka sebelum mereka mati.” Riwayat Abu Daud

Hadith : Diriwayatkan daripada Abu Qatadah al-Anshari r.a bahawa Rasulullah SAW ditanya tentang berpuasa di hari Arafah. Maka Baginda bersabda: "Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang." (Muslim)

Hadith : Maksud Hadith; “Dari Aisyah r.a. katanya; Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tiada amalan anak Adam pada hari Aidil Adha yang disukai Allah selain daripada menyembelih korban. Korban-korban itu akan datang kepada orang yang melakukannya pada hari kiamat seperti keadaan semula, iaitu dengan anggotanya, tulangnya, tanduknya dan bulunya. Darah korban itu lebih dahulu jatuh ke suatu tempat yang disediakan Tuhan sebelum jatuh ke atas tanah. Oleh sebab itu, berkorbanlah dengan senang hati”. (at-Tirmidzi dan Ibnu Majah)

Rabu, 5 Ogos 2009

Kata Hikmah 16

Hadith : Dari Aisyah r.a. daripada Nabi s.a.w. sabdanya: Berkorbanlah kamu dengan hati yang redha, sesungguhnya tiap-tiap muslim yang menghadapkan sembelihannya ke arah kiblat, maka darahnya, kotorannya dan bulunya itu adalah kebajikan dan bakti kepada timbangannya pada hari kiamat. (al-Baihaqi)

Jangan diringankan pergaulan dengan guru, walaupun guru memberi hati. Jangan cepat melintas dihadapannya, walaupun dia yang menghulurkan tangan. Meskipun telah pandai dan terang otak, jangan mencuba membelakangi guru. Sebab, dengan sikap yang tidak hormat, hilanglah martabat ilmu. - BUDIMAN