Rabu, 12 Ogos 2009

Kata Hikmah 21

Hadith : Abdullah Ibnu Umar r.a menceritakan bahawa seorang lelaki berkata kepada nabi SAW : “ Manakah amalan Islam yang paling baik? Nabi menjawab; “Engkau memberikan makanan kepada orang-orang miskin dan engkau mengucapkan salam kepada orang yang telah engkau kenal dan kepada orang yang belum engkau kenal.” (al-Bukhari dan Muslim )

Pemuda yang sebenarnya berani ialah mereka yang tak lekas patah hati, tetapi kebijaksanaan selalunya memimpinnya. - KAMAL ATTATURK

Selama anda bahagia, selama itulah anda ramai kawan, tetapi sesaat kesengsaraan mengancam diri anda, sesaat itu pula kawan-kawan anda lenyap tanpa meninggalkan bekas. - OVIDIUS

Selasa, 11 Ogos 2009

Kata Hikmah 20

Hadith : Huzaifah r.a berkata, Nabi SAW bersabda maksudnya: “ Tulislah untuk ku nama orang-orang yang telah melafazkan kalimah Islam di antara manusia. Maka kami pun menulis untuk nabi seribu lima ratus orang. Kemudian kami berkata: “Apakah kami takut kepada musuh padahal kami berjumlah 1500 orang?” Maka sesungguhnya saya telah melihat bahawa kami diberikan ujian sehingga ada seseorang (di antara kami) bersembahyang bersendirian di dalam ketakutan.” (al-Bukhari dan Muslim )

IImu yang paling rendah mutunya ialah ilmu yang berlegar dihujung lidah dan ilmu yang paling tinggi ialah yang melahirkan kesan kepada tingkahlaku dan anggotanya. - SAIYIDINA ALI ABI TALIB

Untuk mengenal akhlak dan peribadi yakni adab seseorang, berikan kuasa kepadanya, kemudian lihat bagaimana ia bertindak. - MONTESQUE

Rasulullah SAW bersabda :
"Setiap anak Adam membuat salah. Sebaik-baik yang membuat salah ialah yang bertaubat."
(Riwayat al-Tirmizi dan Ibn Majah, dinilai hasan oleh al-Albani)

Isnin, 10 Ogos 2009

Kata Hikmah 19

Hadith : Dari Aisyah r.a katanya:”Rasulullah SAW sering berpuasa sehingga kami mengira bahawa baginda akan berpuasa seterusnya. Dan baginda sering berbuka sehingga kami mengira beliau akan berbuka terus. Dan aku tidak pernah melihat baginda berpuasa terus sebulan penuh kecuali pada bulan Ramadhan. Dan aku juga tidak pernah melihat baginda berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak daripada puasanya di bulan Syaaban.” (al-Bukhari)

Hadith : Daripada Samurah r.a katanya, sabda Rasulullah s.a.w:”Setiap anak tergadai dengan aqiqahnya yang disembelih pada hari ketujuh (dia dilahirkan), dicukur kepalanya dan diberikan nama.” Riwayat Ahmad

Hadith : “Aisyah r.a menerangkan bahawa ketika wafatnya Rasulullah SAW, jenazah baginda ditutupi dengan kain beragi dari buatan Yaman.” (al-Bukhari dan Muslim)

Perkara yang paling malang dan berbahaya sekali dalam tiap-tiap keadaan ialah orang yang tidak tahu apa yang hendak dikejarkannya. -NAPOLEON BONAPARTE

Jumaat, 7 Ogos 2009

Kata Hikmah 18

Hadith: Dari Anas katanya:”Nabi s.a.w menunda solat Isya’ hingga seperdua malam, barulah baginda solat. Kemudian baginda bersabda:”Orang lain telah solat dan mereka telah tidur. Adapun kamu sama juga seperti dalam solat selama kamu menanti-nantikan solat itu.”
(al-Bukhari)

Mempunyai wang itu memang baik, tapi lebih baik lagi mempunyai sesuatu
yang tidak dapat dibeli dengan wang. - BUDIMAN

Perbezaan antara orang yang berjaya dengan orang yang gagal terletak
pada rohaninya. Apa yang dapat difikirkan menentukan apa yang
dicapai. - HAMKA

Khamis, 6 Ogos 2009

Kata Hikmah 17

Hadith : Dari Anas r.a katanya: Pada suatu ketika Rasulullah SAW masuk ke masjid. Lalu dilihatnya ada sebuah tali terbentang di antara dua batang tiang, maka baginda bertanya:”Tali apakah ini?” Jawab para sahabat, “Tali yang dibentangkan Zainab untuk dia solat. Bila dia malas atau letih, dia berpegang pada tali tersebut.” Sabda baginda SAW:”Bukalah tali itu. Solatlah sesuai dengan kemampuanmu masing-masing; apabila kamu malas atau letih, maka kamu boleh solat sambil duduk.” (al-Bukhari)

Di kalangan masyarakat kera tidak terdapat manusia, tetapi ada banyak kera di kalangan manusia. - GEORGE BERNARD SHAW

Temanmu ialah orang yang sentiasa berkata benar dan bukan yang sentiasa membenarkan sahaja kata-katamu. - AL-HAKIM

Rabu, 5 Ogos 2009

Kata Hikmah 16

Hadith : Dari Aisyah r.a. daripada Nabi s.a.w. sabdanya: Berkorbanlah kamu dengan hati yang redha, sesungguhnya tiap-tiap muslim yang menghadapkan sembelihannya ke arah kiblat, maka darahnya, kotorannya dan bulunya itu adalah kebajikan dan bakti kepada timbangannya pada hari kiamat. (al-Baihaqi)

Jangan diringankan pergaulan dengan guru, walaupun guru memberi hati. Jangan cepat melintas dihadapannya, walaupun dia yang menghulurkan tangan. Meskipun telah pandai dan terang otak, jangan mencuba membelakangi guru. Sebab, dengan sikap yang tidak hormat, hilanglah martabat ilmu. - BUDIMAN

Selasa, 4 Ogos 2009

Kata Hikmah 15

Hadith : Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Tanda hari kiamat semakin dekat, dihapuskan (dicabut) ilmu (agama), lalu timbul fitnah (bala bencana atau kekacuan). Di mana-mana dijumpai kebakhilan serta banyak pembunuhan.” (Muslim)

Sesungguhnya setiap kegagalan mengandungi benih-benih kenikmatan yang akan datang. Sebenarnya setiap kegagalan itu hanya berlaku untuk sementara saja. - HAMKA

Jangan putus asa jika otak tumpul dan akal kurang cerdas. Kadang-kadang seseorang yang tumpul otaknya tetapi tidak putus asa lebih maju daripada seseorang yang cerdas tetapi malas. - HAMKA

Saidatina Aisyah berkata: Aku tidak pernah melihat Rasulullah S.A.W menyempurnakan puasa sebulan penuh melainkan pada bulan Ramadhan dan aku tidak pernah melihat baginda memperbanyakkan berpuasa sepertimana pada bulan Syaaban - HR Bukhari dan Muslim