Isnin, 30 November 2009

Kata Hikmah 67

Hadith : Daripada Abdullah bin Umar r.a., katanya : Biasanya aku menulis segala yang aku dengar dari Nabi S.A.W. dengan tujuan hendak menghafaznya, lalu dilarang oleh orang-orang Quraisy serta berkata : "Patutkah engkau menulis segala yang engkau dengar, sedang Rasulullah S.A.W. seorang manusia yang bercakap dalam masa marah dan dalam masa suka?"…Setelah itu aku pun berhenti dari menulis, kemudian aku menyebutkan hal itu kepada Rasulullah s.a.w., lalu baginda menunjuk kepada mulutnya dengan jarinya sambil bersabda : "Tulislah, kerana demi Tuhan yang diriku di dalam kekuasaan-Nya, tidak keluar dari mulutku ini melainkan yang benar." (Abu Daud)

Hadith : Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “ Sesungguhnya Allah meredhakan tiga perkara bagi kamu dan Ia membenci tiga perkara bagi kamu. Ia redha supaya kamu mengabdikan diri kepada-Nya dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu dan supaya kamu semua berpegang teguh dengan tali (agama) Allah dan janganlah kamu berpecah belah. Dan Ia membenci bagi kamu berkata begini begitu, banyak bertanya dan mensia-siakan harta.” (Muslim)

Hadith : Dari Abu Qatadah bin Rabi’ r.a beliau menceritakan bahawa pada suatu ketika, satu jenazah berlalu di hadapan Nabi SAW, lalu baginda bersabda:”Senang dan menyenangkan” Para sahabat bertanya:” Apa maksud ucapan tuan itu Ya Rasulullah?” Jawab nabi SAW:”Apabila seorang mukmin meninggal dunia, maka dia telah senang (istirehat) dari kesusahan dunia. Dan apabila seorang jahat yang meninggal, maka dia menyenangkan (mengistirehatkan) seluruh hamba Allah, seluruh negeri, pohon-pohon dan binatang daripada kejahatannya.” (al-Bukhari)

Rasulullah SAW bersabda : "Demi Tuhan yang jiwaku berada dalam tanganNya, hendaklah kamu menyuruh kepada yang makruf dan mencegah yang mungkar, atau nanti Allah akan menghantar azabnya ke atas kamu, kemudian kamu berdoa kepadaNya dan Dia tidak memperkenankan lagi doa kamu." (Riwayat al-Tirmizi, dinilai sahih oleh al-Albani)

Khamis, 26 November 2009

Kata Hikmah 66

Hadith : Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. telah ditanya, “Amalan manakah yang lebih utama ? Baginda menjawab: “Beriman kepada Allah dan juga kepada Rasulnya”. Kemudian baginda ditanya lagi, “Selepas itu apa lagi ? Baginda berkata, “Berjihad di jalan yang diredhai Allah”. Kemudian apa lagi ? Baginda menjawab, “Mengerjakan ibadat haji yang diterima oleh Allah (haji mabrur). (al-Bukhari dan Muslim)

Rabu, 25 November 2009

Kata Hikmah 65

Hadith : Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:” Aku diperintahkan dengan menyembelih korban itu dan ia adalah sunat ke atas kamu” Riwayat at- Tirmidzi

Hadith : Dari Nubaisyah al-Hudzali r.a katanya:”Rasulullah s.a.w bersabda:”Hari-hari Tasyrik (11,12 dan 13 Zulhijjah) adalah hari-hari makan minum.” (Muslim)

Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya. Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya. Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya. Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.

Hadith : Daripada Abu Hurairah r.a. lagi bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, “Mengerjakan umrah ke satu umrah yang lain menjadi penutup dosa yang dilakukan di antara kedua umrah itu. Manakala haji yang mabrur pula akan dibalas dengan syurga kepada orang yang mengerjakannya”. (al-Bukhari dan Muslim)

Khamis, 19 November 2009

Kata Hikmah 64

Hadith : Dari Ismail bin Abi Khalid dia bertanya kepada Abdullah bin Aufa seorang sahabat rasulullah s.a.w, katanya:”Adakah nabi s.a.w masuk ke Baitullah ketika umrah?” Jawab Abdullah:”Tidak!” (Muslim)

Orang yang suka berkata jujur mendapat 3 hal, kepercayaan, cinta dan rasa hormat ( Saidina Ali Bin Abi Thalib )

Ya Allah, Engkau adalah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang berhak disembah kecuali Engkau, Engkaulah yang menciptakanku. Aku adalah hamba MU, Aku akan setia pada perjanjianku dengan MU semampuku. Aku berlindung kepada MU dari kejahatan yang kuperbuat. Aku mengakui nimat MU kepadaku dan aku mengakui dosaku, oleh itu kerana itu, ampunilah aku. Sesungguhnya tiada yang mengampuni dosa kecuali Engkau.

Rabu, 18 November 2009

Kata Hikmah 63

Hadith : Dari jabir r.a, dia menceritakan dalam hadithnya bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:”Aku menyembelih korban di sini, dan Mina seluruhnya adalah tempat menyembelih. Kerana itu sembelihlah korbanmu di tempat kenderaanmu berhenti. Dan wukuf di ‘Arafah, maka ‘Arafah seluruhnya adalah tempat wukuf. Dan aku wukuf pula di Muzdalifah, maka Muzdalifah seluruhnya adalah tempat wukuf.” (Muslim)

Selasa, 17 November 2009

Kata Hikmah 62

Hadith : Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:”Sesungguhnya perkara yang paling aku takuti ke atas umatku ialah syirik kepada Allah. Sesungguhnya aku tidak mengatakan bahawa mereka akan menyembah matahari, bulan atau berhala, akan tetapi mereka melakukan amalan kerana selain Allah dan kerana syahwat yang tersembnyi.” Riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi

Hadith : Sabda Rasulullah s.a.w:”Tidak ada seorangpun yang berada di dalam satu kaum yang mengetahui mereka melakukan kemaksiatan sedangkan ia berkuasa untuk mencegahnya maka Allah akan menurunkan azab kepada mereka sebelum mereka mati.” Riwayat Abu Daud

Hadith : Diriwayatkan daripada Abu Qatadah al-Anshari r.a bahawa Rasulullah SAW ditanya tentang berpuasa di hari Arafah. Maka Baginda bersabda: "Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang." (Muslim)

Hadith : Maksud Hadith; “Dari Aisyah r.a. katanya; Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tiada amalan anak Adam pada hari Aidil Adha yang disukai Allah selain daripada menyembelih korban. Korban-korban itu akan datang kepada orang yang melakukannya pada hari kiamat seperti keadaan semula, iaitu dengan anggotanya, tulangnya, tanduknya dan bulunya. Darah korban itu lebih dahulu jatuh ke suatu tempat yang disediakan Tuhan sebelum jatuh ke atas tanah. Oleh sebab itu, berkorbanlah dengan senang hati”. (at-Tirmidzi dan Ibnu Majah)

Rabu, 11 November 2009

Kata Hikmah 61

Hadith : Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:”Bukankah aku telah memberitahu kamu semua tentang orang yang diharamkan masuk ke neraka atau orang yang diharamkan ke atasnya neraka? Mereka ialah orang yang berdamping rapat dengan orang ramai (baik pergaulannya), hatinya tenang, berlemah lembut serta mudah dibawa berunding.” Riwayat at-Tarmizi

Selasa, 10 November 2009

Kata Hikmah 60

Hadith : Dari Abu Hurairah r.a, katanya: Rasululullah s.a.w bersabda: “ Roh “orang mati “ yang beriman tergantung (diawang-awangan) dengan sebab hutangnya-sehinggalah hutangnya dibayar oleh warisnya atau orang lain”. Riwayat Tirmizi

Isnin, 9 November 2009

Kata Hikmah 59

Hadith : Rasulullah s.a.w bersabda: "Seseorang itu tidak menjadi mukmin sehingga ia beriman sekurang-kurangnya empat perkara, iaitu: Mengetahui dan meyakini bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan bahawa aku ialah Rasulullah yang mengutuskan aku membawa kebenaran, dan percayakan mati yang memang ditetapkan masa dan caranya bagi tiap-tiap seorang, dan percayakan kebangkitan hidup semula sesudah mati, serta percayakan kadar takdir yang ditentukan oleh Allah." Ali r.a

Jumaat, 6 November 2009

Kata Hikmah 58

Hadith : Dari Thalhah bin Musharrif r.a katanya:”Aku bertanya kepada Abdullah bin Abi Aufa:”Adakah Rasulullah s.a.w berwasiat? Jawabnya :”Tidak!” Aku bertanya:”Mengapa kaum muslimin diwajibkan berwasiat? Jawabnya:”Baginda berwasiat dengan kitabullah azzawajalla (al-Quran).” (Muslim)

Khamis, 5 November 2009

Kata Hikmah 57

Anas ra berkata: Nabi saw. bersabda: Allah ta'ala berfirman: "Aku telah menyediakan bagi hamba-hambaKu yang beriman dan beramal saleh kenikmatan yagn tidak pernah dilihat oleh mata, didengar oleh telingan ataupun terlintas dalam hati manusia (Hadis Riwayat Ibnu Jarir dari Anas)

Lidah orang mukmin menurut hatinya, bila dia hendak berbicara difikirkannya dahulu sebelum disalurkan ke lidahnya. (Maksud Hadis)

Rabu, 4 November 2009

Kata Hikmah 56

Hadith : Dari Abdullah bin Abbas, r.anhuma, katanya; aku ada mendengar Rasul s.a.w, bersabda “ mana-mana orang Islam (lelaki atau perempuan) yang mati lalu disembahyangkan jenazahnya oleh 40 orang lelaki yang tidak mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain nescaya Allah kabulkan doa permohonan mereka mengenainya”. Riwayat Muslim

Selasa, 3 November 2009

Kata Hikmah 55

Hadith : Nabi s.a.w bersabda: "Tidak ada sesuatu yang menimpa seseorang Islam sama ada kepenatan, kesakitan, kesusahan memikirkan perkara yang akan datang, kedukaan, sesuatu yang menyakiti, atau kesusahan meningatkan apa yang telah berlaku - sehinggakan tikaman duri yang mencucuknya - melainkan Allah hapuskan dengan sebabnya, sebahagian dari dosa-dosanya." Abu Sa'id al-Khudri dan Abu Hurairah r.a

Isnin, 2 November 2009

Kata Hikmah 54

Hadith : Rasulullah s.a.w memerintahkan daku dengan bersabda: "Hendaklah engkau memohon perlindungan Allah daripada angkara syaitan-syaitan manusia dan jin". Aku pun meminta penjelasan Baginda s.a.w, dengan berkata: "Ya Rasulullah! Adakah manusia juga menjadi syaitan-syaitan?" Baginda menjawab: "Ya! Benar!". Abu Zar r.a

Hadith : Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang, jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia. Sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu, Allah berfirman:” Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya?” Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain. ” Riwayat at-Tirmidzi

Hadith : Nabi s.a.w bersabda: "Sesiapa yang mengacukan kepada saudara Islamnya dengan sebarang senjata yang membahayakan maka sesungguhnya Malaikat akan melaknatnya, sekalipun yang diacukan kepadanya itu saudaranya yang seibu sebapa." Abu Hurairah r.a