Jumaat, 28 Ogos 2009

Kata Hikmah 31

Hadith : Dari Abu Hurairah r.a katanya:”Rasulullah s.a.w melarang dua macam cara jual beli. Iaitu mulamasah dan munabadzah. Mulamasah ialah menjual dengan cara menyentuh barang dagangan tanpa diteliti oleh pembeli. Munabadzah ialah menjual dengan cara melemparkan barang dagangan kepada si pembeli tanpa meneliti barang itu.” (Muslim)

Khamis, 27 Ogos 2009

Kata Hikmah 30

Hadith : Dari Abu Hurairah r.a, dari nabi s.a.w sabdanya:”Apabila udara sangat panas, maka solatlah bila udara sudah agak dingin. Kerana udara yang sangat panas itu bertiup dari neraka jahanam. Dan mengadulah neraka kepada Tuhannya :”Sebahagianku memakan sebahagian yang lain.” Maka Allah mengizinkannya berhembus dua kali, sekali di musim dingin dan sekali di musim panas. Maka itulah yang kamu rasakan, bersangatan panas di musim kemarau dan bersangatan dingin di musim dingin.” (al-Bukhari)

Doa Hari - 6 Yaa Allah! Janganlah Engkau Hinakan Aku Karena Perbuatan Maksiat Terhadap-Mu, Dan Janganlah Engkau Pukul Aku Dengan Cambuk Balasan- Mu. Jauhkanlah Aku Dari Hal-Hal Yang Dapat Menyebabkan Kemurkaan-Mu, Dengan Anugerah Dan Bantuan-Mu, Wahai Puncak Keinginan Orang-Orang Yang Berkeinginan!

Rabu, 26 Ogos 2009

Kata Hikmah 29

Hadith : Dari Thawus r.a katanya:”Kami bertanya kepada Ibnu Abbas mengenai hukum duduk di atas kedua tumit. Jawab Ibnu Abbas;”Hukumnya sunat.” Kami berkata:”kami lihat janggal (jarang) orang duduk seperti itu.” Jawab Ibnu Abbas:”Tetapi begitulah sunnah nabi s.a.w.” (Muslim)

Selasa, 25 Ogos 2009

Kata Hikmah 28

Hadith : Diriwayatakan daripada Abu Hurairah r.a, dari nabi s.a.w baginda bersabda:”sesiapa yang pergi ke masjid pagi atau petang nescaya disediakan Allah tempat baginya di syurga, setiap kali dia pergi pagi atau petang.” (al-Bukhari)

Hati seorang bodoh ada dimulutnya, tetapi mulut seorang bijaksana ada dihatinya. - BENJAMIN FRANKLIN

Isnin, 24 Ogos 2009

Kata Hikmah 27

Hadith : Nabi s.a.w bersabda: "Apabila tiba hari Jumaat, ada pada tiap-tiap pintu masjid - Malaikat yang ditugaskan menulis orang yang datang sembahyang Jumaat seorang demi seorang; kemudian apabila imam duduk di atas mimbar, Malaikat-malaikat itu melipat lembaran-lembaran surat yang ditulisnya serta mereka datang mendengar khutbah." Abu Hurairah r.a

Hadith : Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah s.a.w bersabda:”Belum akan terjadi kiamat sebelum dua golongan besar saling memerangi antara satu sama lain, sedangkan korban di kedua belah pihak sangat besar pula. Dan alasan kedua-duanya hanyalah satu.

Diriwayatkan daripada Abu Musa r.a, beliau mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:”Orang yang paling besar pahala solatnya ialah orang yang paling jauh (dari masjid). Dan sesudah itu ialah orang yang menunggu-nunggu waktu untuk solat sehingga ia solat dengan imam, lebih besar pahalanya daripada ia solat (sendiri) kemudian ia tidur.” (al-Bukhari)

Jumaat, 21 Ogos 2009

Kata Hikmah 26

Jika ada sebuah pasaraya membuat tawaran istimewa, beli satu dapat 10, jalanraya dilapangkan menuju pasaraya itu, lampu isyarat semua dihijaukan, kenderaan lain semua dilencongkan, agar segala kemudahan diberi untuk kita pergi mendapatkan tawaran itu, tetapi kita tidak peduli dan tidak teringin langsung kepadanya, maka sesungguhnya kita memang tidak berminat sungguh dengan apa yang ditawarkan oleh pasaraya tersebut.

Demikianlah juga halnya dengan Ramadhan.

Seandainya pintu Syurga sudah dibuka, pintu Neraka ditutup kunci, malah Syaitan dirantai agar lemah potensinya dalam mengganggu manusia, segala gandaan pahala diberi dan segala galakan kebaikan ditawarkan, tiba-tiba kita langsung tidak tertarik untuk mendapatkannya, ia menandakan bahawa kita memang tidak berminat dengan Allah, tidak berminat dengan tawaran-Nya, tidak berminat dengan Syurga dan tidak pernah kisah dengan Neraka. Maka sesungguhnya orang ini benar-benar tidak mendapat sebarang rahmat daripada Allah. Semoga Allah melindungi kita daripada kedegilan dan kesombongan yang membinasakan itu.

Selamat Menyambut Ramadhan

Kepada semua pengunjung blog ini, saya ucapkan selamat menyambut Ramadhan. Semoga puasa anda semua diberkati Allah. Semoga kita berubah menjadi hamba Allah yang lebih baik. Insyaallah...

Selamat Menyambut Ramadhan

Khamis, 20 Ogos 2009

Kata Hikmah 25

Larangan Membakar Makhluk Allah Hadith : Dari Abu Hurairah r.a katanya:”Saya mendengar Rasulullah saw. bersabda:”Seekor semut menyengat salah seorang nabi. Nabi itu pun menyuruh mencari sarang semut itu lalu dibakar. Allah lalu menurunkan wahyu kepada nabi itu,”Sesungguhnya hanya seekor semut yang menyengat engkau, dan engkau bakar salah satu umat yang bertasbih kepada Tuhan.” (Bukhari dan Muslim)

Assalamualaikum wmth : “Tiada hari seindah Jumaat, Tiada kata seindah Zikir, Tiada Ibadah seindah Solat, Tiada Bulan seindah Ramadhan. Salam Ramadhan Al-Mubarak dan Selamat Berpuasa, Mohon maaf atas segala dosa. Moga Ramadhan ini adalah ramadhan yang terbaik buat diri kita semua."

Rabu, 19 Ogos 2009

Kata Hikmah 24

Hadith : Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:”Jika seorang hamba Allah kematian anak, Allah bertanya kepada Malaikat:”Adakah kamu telah mengambil nyawa anak hamba-Ku? Malaikat menjawab:”Ya.” Allah bertanya lagi: “Kamu telah mengambil nyawa buah hatinya?” Malaikat menjawab:”Ya”. Allah bertanya kali ketiga:”Apakah kata hamba-Ku?”Malaikat menjawab:”Ia bersyukur pada-Mu serta mengucapkan “dari Allah kita datang dan kepadanya kita kembali”. Allah Ta’ala memerintahkan malaikat-Nya:”Binalah baginya sebuah rumah di syurga dan namakan rumah itu ‘Rumah Kesyukuran’.” (at-Tirmidzi dan Ibnu Hibban)

Hadith : Dari Aisyah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Siapa yang dihisab (diperiksa) pada hari kiamat dia akan tersiksa” Aisyah bertanya:”Bukankah Allah Azza Wajalla telah berfirman , “Mereka akan diperiksa dengan pemeriksaan yang mudah” (al-Insyiqaq:8)” Jawab baginda:”Itu belum pemeriksaan, tetapi baru sekadar mengemukakan bukti-bukti.” Orang yang diperiksa dengan teliti nescaya tersiksa.” (Muslim)

Hadith : Dari Hakim bin Hizam r.a katanya:”Tangan yang di atas (tangan yang memberi) lebih baik dari tangan yang di bawah (tangan yang menerima atau meminta). Maka kerana itu mulakanlah memberi kepada keluargamu. Sebaik-baik sedekah ialah ketika kaya. Sesiapa yang memohon dipelihara (agar ia tidak sampai meminta-minta) Allah akan memeliharanya dan sesiapa yang memohon dicukupkan (agar ia tidak bergantung selain kepada Allah) Allah akan mencukupkannya.” (al-Bukhari)

Jumaat, 14 Ogos 2009

Kata Hikmah 23

Hadith :
Ummu ‘Atiyah al-Ansariyyah r.a berkata bahawa Rasulullah SAW masuk ke tempat kami ketika seorang anak perempuan baginda wafat. Maka baginda bersabda: “Mandikanlah dia tiga atau lima kali atau lebih dari itu jika kamu berpendapat demikian dengan air yang dicampurkan daun bidara yang sudah ditumbuk. Dan letakkan kali yang penghabisannya dengan kapur atau sedikit kapur. Kemudian apabila telah selesai, beritahulah kepada ku. Maka apabila kami telah selesai, kami terus memaklumkan kepada baginda, lalu baginda memberikan kepada kami kain pinggangnya. Baginda berkata : “Letakkan kain itu pada tubuhnya.” Ummu Atiyyah menghendaki kain pinggang nabi.”
(al-Bukhari, Muslim )

Nabi s.a.w pernah bertanya para sahabat baginda :
"Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?" Jawab mereka: "Orang yang muflis dalam kalangan kami ialah sesiapa yang tiada dirham dan tiada harta". Sabda baginda: "Orang yang muflis dalam umatku ialah sesiapa yang datang pada Hari Kiamat nanti bersama solat, puasa, zakat, juga dia pernah memaki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpah darah seseorang dan memukul seseorang. Lalu diberikan kepada orang ini dan itu pahalanya. Jika pahala-pahalanya habis sebelum sempat dilangsaikan kesalahannya, maka diambil dosa-dosa mereka dicampakkan ke atasnya lantas dicampakkan dia ke dalam neraka."
(Riwayat Muslim)

Khamis, 13 Ogos 2009

Kata Hikmah 22

Hadith : Anas Ibnu Malik r.a berkata bahawa para sahabat telah melalui suatu jenazah lalu menyebut-nyebut kebaikan jenazah itu, maka bersabdalah nabi: “telah tetap!”. Kemudian mereka melalui suatu jenazah yang lain, maka mereka pun menyebut-nyebut keburukannya. Maka berkatalah nabi : “telah tetap baginya.” Kemudian berkatalah Umar Ibnu Khattab : “Apa yang telah tetap itu?” Nabi menjawab: “Yang tadi kamu sebutkan kebajikannya, maka tetaplah (pastilah) dia mendapat syurga. Dan yang ini kamu sebut keburukannya maka pastilah ia mendapat neraka. Kamu memang saksi-saksi Allah di bumi,” (al-Bukhari dan Muslim )

Jangan tertawa melihat orang jatuh, tetapi sebaliknya insaf bahawa kita sedang berjalan menempuh liku-lekuk jalan yang sulit. Kalau kita selamat, bersyukurlah. Dari kejatuhan orang dapat tegak kembali. Yang amat sayang ialah jatuh yang tidak dapat bangun semula. - HAMKA

Berilmu bukan sekadar berteori, bukan sekadar bersilat lidah atau berlanggar pena. Berilmu ertinya beramal. Kita dijadikan Tuhan untuk bertugas. Sebab itu marilah kita gunakan umur yang singkat ini untuk mengabdikan diri kepada tugas yang telah digariskan Tuhan. - PROF. ZULKEFLI MUHAMMAD

Rabu, 12 Ogos 2009

Kata Hikmah 21

Hadith : Abdullah Ibnu Umar r.a menceritakan bahawa seorang lelaki berkata kepada nabi SAW : “ Manakah amalan Islam yang paling baik? Nabi menjawab; “Engkau memberikan makanan kepada orang-orang miskin dan engkau mengucapkan salam kepada orang yang telah engkau kenal dan kepada orang yang belum engkau kenal.” (al-Bukhari dan Muslim )

Pemuda yang sebenarnya berani ialah mereka yang tak lekas patah hati, tetapi kebijaksanaan selalunya memimpinnya. - KAMAL ATTATURK

Selama anda bahagia, selama itulah anda ramai kawan, tetapi sesaat kesengsaraan mengancam diri anda, sesaat itu pula kawan-kawan anda lenyap tanpa meninggalkan bekas. - OVIDIUS

Selasa, 11 Ogos 2009

Kata Hikmah 20

Hadith : Huzaifah r.a berkata, Nabi SAW bersabda maksudnya: “ Tulislah untuk ku nama orang-orang yang telah melafazkan kalimah Islam di antara manusia. Maka kami pun menulis untuk nabi seribu lima ratus orang. Kemudian kami berkata: “Apakah kami takut kepada musuh padahal kami berjumlah 1500 orang?” Maka sesungguhnya saya telah melihat bahawa kami diberikan ujian sehingga ada seseorang (di antara kami) bersembahyang bersendirian di dalam ketakutan.” (al-Bukhari dan Muslim )

IImu yang paling rendah mutunya ialah ilmu yang berlegar dihujung lidah dan ilmu yang paling tinggi ialah yang melahirkan kesan kepada tingkahlaku dan anggotanya. - SAIYIDINA ALI ABI TALIB

Untuk mengenal akhlak dan peribadi yakni adab seseorang, berikan kuasa kepadanya, kemudian lihat bagaimana ia bertindak. - MONTESQUE

Rasulullah SAW bersabda :
"Setiap anak Adam membuat salah. Sebaik-baik yang membuat salah ialah yang bertaubat."
(Riwayat al-Tirmizi dan Ibn Majah, dinilai hasan oleh al-Albani)

Isnin, 10 Ogos 2009

Kata Hikmah 19

Hadith : Dari Aisyah r.a katanya:”Rasulullah SAW sering berpuasa sehingga kami mengira bahawa baginda akan berpuasa seterusnya. Dan baginda sering berbuka sehingga kami mengira beliau akan berbuka terus. Dan aku tidak pernah melihat baginda berpuasa terus sebulan penuh kecuali pada bulan Ramadhan. Dan aku juga tidak pernah melihat baginda berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak daripada puasanya di bulan Syaaban.” (al-Bukhari)

Hadith : Daripada Samurah r.a katanya, sabda Rasulullah s.a.w:”Setiap anak tergadai dengan aqiqahnya yang disembelih pada hari ketujuh (dia dilahirkan), dicukur kepalanya dan diberikan nama.” Riwayat Ahmad

Hadith : “Aisyah r.a menerangkan bahawa ketika wafatnya Rasulullah SAW, jenazah baginda ditutupi dengan kain beragi dari buatan Yaman.” (al-Bukhari dan Muslim)

Perkara yang paling malang dan berbahaya sekali dalam tiap-tiap keadaan ialah orang yang tidak tahu apa yang hendak dikejarkannya. -NAPOLEON BONAPARTE

Jumaat, 7 Ogos 2009

Kata Hikmah 18

Hadith: Dari Anas katanya:”Nabi s.a.w menunda solat Isya’ hingga seperdua malam, barulah baginda solat. Kemudian baginda bersabda:”Orang lain telah solat dan mereka telah tidur. Adapun kamu sama juga seperti dalam solat selama kamu menanti-nantikan solat itu.”
(al-Bukhari)

Mempunyai wang itu memang baik, tapi lebih baik lagi mempunyai sesuatu
yang tidak dapat dibeli dengan wang. - BUDIMAN

Perbezaan antara orang yang berjaya dengan orang yang gagal terletak
pada rohaninya. Apa yang dapat difikirkan menentukan apa yang
dicapai. - HAMKA

Khamis, 6 Ogos 2009

Kata Hikmah 17

Hadith : Dari Anas r.a katanya: Pada suatu ketika Rasulullah SAW masuk ke masjid. Lalu dilihatnya ada sebuah tali terbentang di antara dua batang tiang, maka baginda bertanya:”Tali apakah ini?” Jawab para sahabat, “Tali yang dibentangkan Zainab untuk dia solat. Bila dia malas atau letih, dia berpegang pada tali tersebut.” Sabda baginda SAW:”Bukalah tali itu. Solatlah sesuai dengan kemampuanmu masing-masing; apabila kamu malas atau letih, maka kamu boleh solat sambil duduk.” (al-Bukhari)

Di kalangan masyarakat kera tidak terdapat manusia, tetapi ada banyak kera di kalangan manusia. - GEORGE BERNARD SHAW

Temanmu ialah orang yang sentiasa berkata benar dan bukan yang sentiasa membenarkan sahaja kata-katamu. - AL-HAKIM

Rabu, 5 Ogos 2009

Kata Hikmah 16

Hadith : Dari Aisyah r.a. daripada Nabi s.a.w. sabdanya: Berkorbanlah kamu dengan hati yang redha, sesungguhnya tiap-tiap muslim yang menghadapkan sembelihannya ke arah kiblat, maka darahnya, kotorannya dan bulunya itu adalah kebajikan dan bakti kepada timbangannya pada hari kiamat. (al-Baihaqi)

Jangan diringankan pergaulan dengan guru, walaupun guru memberi hati. Jangan cepat melintas dihadapannya, walaupun dia yang menghulurkan tangan. Meskipun telah pandai dan terang otak, jangan mencuba membelakangi guru. Sebab, dengan sikap yang tidak hormat, hilanglah martabat ilmu. - BUDIMAN

Selasa, 4 Ogos 2009

Kata Hikmah 15

Hadith : Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Tanda hari kiamat semakin dekat, dihapuskan (dicabut) ilmu (agama), lalu timbul fitnah (bala bencana atau kekacuan). Di mana-mana dijumpai kebakhilan serta banyak pembunuhan.” (Muslim)

Sesungguhnya setiap kegagalan mengandungi benih-benih kenikmatan yang akan datang. Sebenarnya setiap kegagalan itu hanya berlaku untuk sementara saja. - HAMKA

Jangan putus asa jika otak tumpul dan akal kurang cerdas. Kadang-kadang seseorang yang tumpul otaknya tetapi tidak putus asa lebih maju daripada seseorang yang cerdas tetapi malas. - HAMKA

Saidatina Aisyah berkata: Aku tidak pernah melihat Rasulullah S.A.W menyempurnakan puasa sebulan penuh melainkan pada bulan Ramadhan dan aku tidak pernah melihat baginda memperbanyakkan berpuasa sepertimana pada bulan Syaaban - HR Bukhari dan Muslim